Home Top Ad

10 makanan di rumah yang ada kegunaan lain yang menakjubkan


Kalau kita amati dan kenali betul-betul sifat-sifat makanan yang ada di rumah kita, sebenarnya ia ada kegunaan lain selain daripada dimasukkan ke dalam mulut untuk memenuhkan perut kita. Mari saya kongsi apa makanannya.


1. Kulit oren boleh digunakan sebagai deodoran peti sejuk


Bauan citrus buah oren dapat meneutralkan bau di dalam peti sejuk yang penuh dengan macam-macam makanan. Lepas makan oren, kulitnya di bahagian dalam itu disapukan sedikit dengan garam kemudian letakkan di bahagian paling belakang di dalam peti.


2. Epal boleh bantu tomato hijau cepat masak


Kalau ada beli tomato yang belum sepenuhnya merah atau masak, masukkannya ke dalam beg kertas bersama buah-buahan lain seperti epal, bungkus rapi dan biarkan beberapa hari. Buah menghasilkan sejenis gas dipanggil ethylene yang membantu mempercepatkan proses pematangan.  


3. Kulit pisang boleh gilap kasut kulit


Kalau dibiarkan merata, bahaya. Kalau digosok pada kasut kulit, berkilat jadinya. Tapi selepas itu gosoklah dahulu dengan kain bersih sampai bersih dan bersinar. Takut naik semut pula nanti.


4. Mentega kacang boleh selesaikan masalah rambut terkena gula-gula getah


Kalau rambut sudah terkena gula-gula getah, alamatnya sadaqallahul'azim - potong sahajalah untuk membuangnya. Tetapi sebenarnya menurut Akademi Dermatologi Amerika (AAD), mentega kacang boleh bantu hilangkannya.

Lumurkan bahagian rambut yang terkena gula-gula getah itu dengan mentega kacang, dan biarkan minyak dalam mentega kacang itu menjalankan kerjanya selama beberapa minit. Kemudian perlahan-lahan guna jari cabut bersih dari rambut. Jangan lupa basuh rambut dengan shampu. Settle.


5. Guna mayonis untuk hilangkan bekas cawan pada meja kayu


Ambil mayonis sebesar saiz kuku dengan tuala dan sapu pada permukaan berbekas. Dalam beberapa saat ia akan hilang. Kemudian lap dengan kain atau tisu lembab. Tadaa!


6. Roti boleh tolong kutip serpihan kaca pecah


Kalau ada kaca pecah berderai atas lantai, sapu buang dahulu serpihan-serpihan yang besar. Kemudian untuk bersihkan cebisan-cebisan kecil yang tak nampak dek mata kasar, gunakan roti tekap-tekapkan pada kawasan kejadian. Sebelum itu pakai dahulu sarung tangan, takut yang ada pada roti itu tertusuk jari.


7. Roti juga bersama susu boleh bantu keluarkan selumbar


Rendamkan roti dengan susu sampai basah sepenuhnya, kemudian perah sampai kering. Letakkan pada kawasan yang berselumbar, balut dan biarkan selama beberapa jam atau semalaman. Sambil roti yang mengering itu menyerap kembali kelembapan pada kulit, ia akan menarik sekali selumbar itu.


8. Kentang pun boleh tolong keluarkan selumbar


Potong isi kentang dan tekapkan pada kawasan terbabit dan balut. Biarkan beberapa jam atau semalaman. Cara ia bertindak sama macam roti dengan susu yang diperah tadi. 


9. Kentang juga berfungsi sebagai penghilang kesan kotoran daripada buah lain pada jari



Selalu kalau kita makan buah seperti manggis atau buah naga, warnanya mesti tinggal pada jari jemari kita. Untuk menghilangkannya, ramas dan gosok tangan dengan hirisan kentang sebagai alternatif kepada sabun.


10. Hilangkan darah pada pakaian dengan Coca-Cola


Letakkan pakaian dengan kesan darah itu ke dalam mesin basuh  bersama sabun pencuci pakaian macam biasa, Kemudian tuangkan Coca-Cola sebelum memulakan cucian. Nampak betapa kuatnya Coca-Cola. Tak pasal iklan percuma.


*Sumber: Reader's Digest




10 makanan di rumah yang ada kegunaan lain yang menakjubkan 10 makanan di rumah yang ada kegunaan lain yang menakjubkan Reviewed by Hilal Azmi on November 05, 2020 Rating: 5

No comments