Home Top Ad

5 cara nak bagi rambut panjang dengan cepat


Ada yang suka rambut pendek dan ada yang suka rambut panjang. 


Ada juga yang botakkan kepala kemudian penat menunggu rambut nak panjang semula.


Jadi macam mana nak bagi rambut panjang dengan cepat?


BACA: MACAM MANA KEPALA BOLEH BOTAK


Apa yang pasti, tiada formula yang khas untuk merangsang pertumbuhan rambut dengan cepat, semuanya ambil masa.


Jadi jangan buang masa beli hair tonic yang menjanjikan pertumbuhan rambut dengan cepat.


Ini LIMA perkara yang perlu menjadi tumpuan untuk pastikan rambut tumbuh dengan sihat dan panjang.


1. Tumpu kepada penjagaan kulit kepala


Kulit bahagian dalam (dermis) dan luar (epidermis) adalah sebahagian daripada kulit kepala dan di dalam dermis ada folikel rambut, saraf, saluran darah dan kolagen.


Jaga kulit kepala dengan biak dapatlah rambut tumbuh dengan baik.


Gunakan produk yang betul seperti minyak kulit kepala dan agen merangsang seperti tea tree dan pudina dapat memberi kadar impak yang lebih baik dalam pertumbuhan rambut dan juga kesihatan fiber rambut.


BACA: CARA HILANGKAN KELEMUMUR SECARA ASLI


2. Makan vitamin yang merangsang pertumbuhan rambut


Cari makanan tambahan ataupun makan vitamin A, C, D dan E selain asid folik daripada makanan yang seimbang.


3. Trim rambut tu


Jangan biarkan sahaja rambut nak panjang kerana ia akan jadi rapuh dan juga hujung rambut akan bercabang.


Sebaliknya kita harus sentiasa potong hujung rambut untuk mengelak perkara itu berlaku untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.


Kalau boleh potong sedikit rambut setiap 12 minggu.



4. Lebihkan perapi, kurangkan syampu


Syampu bukan tak bagus tapi kebanyakkannya mengandungi sulfat yang mengeringkan kulit kepala ataupun menghapuskan minyak asli pada kulit kepala yang diperlukan untuk memastikan rambut tumbuh dengan sihat dan panjang.


Jadi gunakan perapi yang dapat mengelak hujung rambut bercabang, menggantikan protein dan lipid dalam rambut serta mengelak kerosakan rambut.


5. Elak guna alat pemanas


Penggunaan alat pedandan rambut seperti pelurus rambut dan sikat panas akan merosakkan rambut dan merencatkan pertumbuhannya.


Jangan gunakannya selalu dan sentiasa mencuci rambut dengan air sejuk.


Air sejuk dipercayai dapat mengekalkan kelembapan dan mengelak kerosakan akibat kepanasan.


Kesimpulan lain


Apa pun terdapat banyak faktor lain dalam pertumbuhan rambut termasuk genetik, perubahan hormon, usia, ubat yang dimakan, tekanan, kekurangan nutrisi dan keadaan kesihatan seseorang.


Pemakanan yang sihat juga penting untuk kesihatan rambut, jadi amalkan makanan yang kaya dengan vitamin H dan biotin seperti keju, susu, telur, kacang, sardin, avokado dan kubis bunga. 




5 cara nak bagi rambut panjang dengan cepat 5 cara nak bagi rambut panjang dengan cepat Reviewed by Hilal Azmi on November 12, 2020 Rating: 5

No comments