Home Top Ad

54 ekor anjing mati lemas akibat banjir di Seremban


Susulan banjir kilat di Seremban yang menyebabkan 54 ekor anjing yang berlindung di Furrykids Safehaven mati lemas, badan itu merayu bantuan awam untuk bangkit semula.


Dana amat diperlukan untuk membaiki kawasan itu supaya terus mampu memelihara haiwan terbiar.


Menurut setiausaha persatuan penyelamat berkenaan, banjir bermula sekitar 3:30 pagi.


Dia sempat memberitahu kakitangan untuk melepaskan semua anjing daripada sangkar, namun tidak semua dapat terselamat.



Foto: Furrykids Safehaven Facebook



Kesian, kerana majoriti anjing yang tidak dapat diselamatkan tidak pandai berenang atau panik sehingga tidak sempat naik ke kawasan tinggi.


Anjing yang terselamat berlindung di bumbung di kawasan itu.


Furrykids Safehaven was badly affected by the heavy rains and flood last night. There are over 1800 dogs in the premise....

Posted by FurryKids Safehaven on Tuesday, 3 November 2020



Bantuan boleh dilakukan dengan terus menderma atau dengan membeli pelitup muka yang dijual kumpulan penyelamat haiwan, I Need A Home.


Kesemua hasil penjualan pelitup muka itu akan diberikan kepada Furrykids Safehaven.


Pelitup muka yang dijual merupakan jenis tiga lapis diperbuat daripada gentian mikro dan boleh dicuci.


Selain itu anda juga boleh membantu secara terus kepada kawan-kawan di Furrykids Safehaven, dengan menderma kepada Persatuan Penyelamat Haiwan Terbiar Furrykids Safehaven.




54 ekor anjing mati lemas akibat banjir di Seremban 54 ekor anjing mati lemas akibat banjir di Seremban Reviewed by Hilal Azmi on November 05, 2020 Rating: 5

No comments