Home Top Ad

6 Sebab Gunung Kinabalu Kebanggaan Malaysia

 


Gunung Kinabalu merupakan antara gunung yang paling digemari pendaki dari seluruh dunia. Dengan ketinggian 4,095 meter dari paras laut, ia tentunya memberi cabaran tersendiri bagi mereka yang gemar aktiviti lasak dan pendakian.
Tetapi bukan itu sahaja keistimewaannya. Kami berikan enam lagi sebab mengapa Gunung Kinabalu menjadi lambang kemegahan bukan sahaja rakyat Sabah, tetapi Malaysia keseluruhannya.
1) Taman Negara Kinabalu disenarai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2010 dan ia merupakan lokasi pertama di Malaysia berada dalam senarai berkenaan. Tentunya, tarikan utama di sini ialah Gunung Kinabalu yang berdiri megah sebgai antara kemuncak tertinggi di Asia.
2) Gunung Kinabalu yang terdiri daripada batuan beku dan kubah granit berbentuk bujur yang terbentuk ketika magma pecah ke permukaan kerak bumi jutaan tahun yang lalu, dianggarkan berusia lebih 10 juta tahun yang lalu.
3) Pendakian Gunung Kinabalu memakan masa dua hari satu malam. Pendaki biasanya akan mengambil masa 6 jam untuk sampai ke rumah rehat Laban Rata dan meneruskan pendakian pada awal pagi keesokannya, yang memakan masa sehingga tiga jam untuk sampai ke puncak.
4) Suhu di Taman Negara Kinabalu yang terletak 1,563 meter dari paras laut adalah antara 15 ° C-24 ° C. Cuaca boleh menjadi sangat panas pada siang hari tetapi lebih sejuk pada waktu malam. Di Laban Rata, yang terletak 3,270 meter dari paras laut pula, suhu adalah sekitar 6 ° C-14 ° C tetapi adakalanya boleh mencecah hampir beku pada waktu malam. Waktu paling sesuai untuk mendaki Gunung Kinabalu ialah Februari, Mac dan April di mana hujan lebih sedikit berbanding bulan-bulan lain.
5) Gunung tertinggi di Malaysia ini merupakan gunung ketiga tertinggi di Asia Tenggara, di belakang Gunung Hkakabo Razi di Myanmar dan Puncak Jaya di Indonesia.
6) Terdapat lebih 5,000 spesies flora dan fauna yang hidup dan tumbuh di sekitar Gunung Kinabalu. Anda akan menemui pelbagai jenis spesies di lereng bawah gunung dan lebih banyak spesies asli dan unik di bahagian yang lebih tinggi.
Low Peak's Photo By Peripitus
Artikel asal astroawani.com
6 Sebab Gunung Kinabalu Kebanggaan Malaysia 6 Sebab Gunung Kinabalu Kebanggaan Malaysia Reviewed by Hilal Azmi on November 06, 2020 Rating: 5

No comments