Home Top Ad

Adrenalin - Skateboarding In 360


Eksperimen simple merakam aksi skateboarding dalam 360 darjah, bersama rakan-rakan di lapangan dekat stesen LRT Ampang Park.


Kamera yang digunakan adalah GoPro Max dan ini merupakan rakaman yang kali pertama dilakukan.


Kenapa skateboarder ramai pergi skate di jalanan seperti orang yang berbasikal penuh di jalan raya pada waktu malam?


Jawapannya skate park yang sedia ada ditutup dan kalau ada skate park yang buka pun ia terletak di luar daerah, jadi sebab itulah ada yang pilih untuk kembali ke jalanan.


Walaupun memang kadang-kadang orang yang sama juga skate di tepi jalan walaupun ada skate park yang buka, tapi skate park pilihan budak KL di Bukit Kiara tak dibuka-buka lagi.


Skate park di Bukit Kiara tu tutup sebelum PKP lagi untuk dibaik pulih dan dikatakan dalam proses untuk ditukar pengurusan. 


Apa pun enjoy 360 video ini, di mana perakam dan pemain skateboard dapat dilihat dalam satu frame video.



Adrenalin - Skateboarding In 360 Adrenalin - Skateboarding In 360 Reviewed by Hilal Azmi on November 10, 2020 Rating: 5

No comments