Home Top Ad

Anak gajah kantoi curi tebu, cuba sembunyi belakang tiang

 


Nampak tak anak gajah sembunyi di belakang tiang? Tak nampak, tak nampak!


Seekor anak gajah bertindak bersembunyi di belakang tiang lampu dalam usaha mengalihkan perhatian orang sambil ia menikmati tebu.


Gelagat lucu gajah itu seperti serba salah apabila orang menemuinya memakan tebu di tengah-tengah malam, berdekatan ladang tanaman tebu di Chiang Mai, Thailand.


Apabila penduduk tempatan mengetahui tentang kehadiran anak gajah itu, lampu disuluh ke arahnya yang menyebabkan anak gajah itu terdiam dan tidak bergerak sambil menyorok di belakang tiang.


Salah atau tidak, kesian si gajah comel itu yang mungkin berasa takut oleh kerana lampu terang disuluh betul-betul ke arahnya ketika berseorangan tanpa ibunya.


Biasanya anak gajah akan bersembunyi di antara kaki ibu ketika berdepan dengan ancaman.


Tiang lampu berwarna kelabu itu mungkin dianggap sama seperti kaki ibunya, menyebabkan si kecil (gemuk) itu kaku di belakang tiang dengan harapan tiada orang nampaknya di situ.


Kalau saya, biarkan sahaja lah dia makan tebu tu kerana tebu boleh ditanam semula.


Sumber foto: Facebook วีรวัฒน์ พรหมเมือง



Anak gajah kantoi curi tebu, cuba sembunyi belakang tiang Anak gajah kantoi curi tebu, cuba sembunyi belakang tiang Reviewed by Hilal Azmi on November 23, 2020 Rating: 5

No comments