Home Top Ad

Apa perbezaan taufan, siklon dan hurikan?


Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), jika ribut itu berlaku di kawasan Barat Laut Lautan Pasifik, ia dinamakan 'taufan'. Jika ia berlaku di Selatan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, ia dinamakan 'siklon'. 


Dan, jika ia berlaku di Lautan Atlantik dan Timur Laut Lautan Pasifik pula, ia dinamakan 'hurikan'.


Taufan


Untuk ribut dinamakan taufan, siklon atau hurikan, ia harus mencapai kelajuan sekurang-kurangnya 120 kilometer sejam (km/j).


Ia terbentuk apabila satu pusat tekanan udara rendah yang sejuk berlaku, menyebabkan udara panas di sekelilingnya berpusar dengan laju, menghasilkan angin kencang.


BACA: BAGAIMANA TAUFAN DAPAT NAMANYA?


Oleh kerana taufan berlaku di Barat Laut Lautan Pasifik, ia kerap melanda negara-negara Asia seperti Jepun, Korea, Taiwan, Filipina dan Vietnam, China dan juga kawasan timur Rusia.


Foto: Joseph Castells @ Unsplash.com

Meskipun taufan dikatakan berlaku sepanjang tahun, namun kebanyakannya kerap berlaku di antara bulan Mei dan Oktober.


Taufan juga berputar melawan arah jam kerana ia berlaku di sebelah utara Pasifik. Ini dinamakan kesan Coriolis.


Siklon


Siklon berlaku di kawasan Selatan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Antara negara-negara yang sering dilanda siklon ialah Australia, pantai timur Afrika, Mauritious dan beberapa bahagian di Indonesia.


Oleh kerana ia berlaku di hemisfera selatan, putarannya juga mengikut arah jam.


Hurikan


Berlaku di kawasan Lautan Atlantik dan Timur Laut Lautan Pasifik, hurikan sering melanda negara-negara seperti Amerika, Mexico, Kepulauan Caribbean dan Bermuda.


Seperti taufan, ia berlaku di hemisfera utara, dan ini membuatkan putarannya melawan arah jam.


Bentuk fizikal


Jika dilihat dari satelit, taufan, siklon mahupun hurikan mempunyai tiga struktur dalam bentuknya iaitu mata, dinding mata dan jalur hujan.


Mata atau 'eye of the storm' merupakan pusat utama bagi taufan tersebut, dan ia merupakan kawasan di mana tekanan paling rendah berlaku.


Justeru, ia menjadi pusat di mana angin kencang berpusar di sekelilingnya. Kawasan ini juga biasanya tenang dan mudah dikesan melalui satelit.


BACA: APA ITU AWAN TSUNAMI?


Dinding mata merupakan kawasan yang mengelilingi 'mata'. Terdiri daripada jaluran awan, ia juga kawasan di mana hujan paling lebat dan angin paling kuat berlaku.


Di bahagian jalur hujan pula ialah kawasan di mana hujan lebat yang tersusun, berpusar mengelilingi mata ribut berkenaan.



Cover photo: Nikolas Noonan @ Unsplash.com

Artikal asal: astroawan.com






Apa perbezaan taufan, siklon dan hurikan? Apa perbezaan taufan, siklon dan hurikan? Reviewed by Hilal Azmi on November 13, 2020 Rating: 5

No comments