Home Top Ad

Baby Shark dapat RM21.6 juta daripada Youtube

Lagu kartun Pinkfong, Baby Shark merupakan video yang paling banyak mendapat tontonan di seluruh dunia di Youtube.


Sejak dimuat naik pada 17 Jun, 2016, video itu ditonton oleh lebih 7 bilion kali (semasa saya menulis ni, jumlah tontonan adaah 7.044 bilion).


BACA: BERENANG DENGAN BABY SHARK DI PULAU PAYAR


Disebabkan populariti itu, Pinkfong dikatakan mengaut pendapatan sebanyak AS$5.2 juta ataupun RM21.6 juta.


Mana taknya, seorang budak mesti mainkan video itu on loop lebih 1,000 kali, mak bapak pun melayan.


Video mana pula kedua terbanyak?



Menurut laporan BBC lagi, video klip lagu Despacito oleh Luis Fonsi (dengan penampilan Daddy Yankee) adalah kedua terbanyak dengan 7.039 bilion tontonan.



Lagu Baby Shark yang popular di Korea Selatan mula viral pada 2017 dan bukan kanak-kanak saja gila dengan lagu yang catchy tu, malah ramai orang dewasa pun bikin cover atau video dengan menggunakan lagu itu.


Keputusan ini menunjukkan bahawa tak semestinya, kumpulan pop seperti Blankpink atau BTS yang ramai followers boleh mengatasi video kanak-kanak, yang menjadi consumer utama di platform Youtube sekarang.


Berikut senarai top 10 video paling banyak tontonan yang dikeluarkan Youtube. Kita tunggu senarai lain nanti.


Sumber Youtube via BBC




Baby Shark dapat RM21.6 juta daripada Youtube Baby Shark dapat RM21.6 juta daripada Youtube Reviewed by Hilal Azmi on November 03, 2020 Rating: 5

No comments