Home Top Ad

Baru nak tengok iPhone 12, iPhone 13 dah didedahkan


Buat hal la MacRumors ni.


Ming-Chi Kuo dari MacRumors yang sentiasa mendedahkan maklumat terbaharu mengenai Apple memberitahu iPhone 13 akan dikeluarkan pada September tahun depan (seperti biasa dilakukan setiap tahun, kecuali tahun ini) dan datang dengan empat saiz yang sama seperti iPhone 12.


Design mungkin tak lari banyak dengan iPhone 12.


BACA: IPHONE 12 BAIK UNTUK TUKANG FILEM

BACA: IPHONE 12 SUDAH TIBA


Apa yang ditambah baik?


Kamera sudah pasti dimana Chi Kuo memberitahu Pro Max akan datang dengan f/1.8, enam elemen lensa dan autofocus - satu naik taraf yang banyak jika dibandingkan dengan iPhone 12.


Sebelum itu laporan Ross Young dari MacRumors menjangkakan iPhone 13 akan mempunyai paparan 120Hz berbanding 60Hz pada iPhone 12, maklumlah pesaing mereka seperti Samsung dan Google pun dah gunakan skrin dengan refresh rate yang lebih tinggi daripada 60Hz.


Jadi tak beli iPhone 12? Dengar cerita semua telco dah buat pre-order.


Foto: MacRumors




Baru nak tengok iPhone 12, iPhone 13 dah didedahkan  Baru nak tengok iPhone 12, iPhone 13 dah didedahkan Reviewed by Hilal Azmi on November 07, 2020 Rating: 5

No comments