Home Top Ad

Batuk dekat telefon sudah cukup untuk kesan pesakit COVID-19 - Kajian


Tahu tak, bunyi batuk orang yang dijangkiti COVID-19 tak sama dengan orang yang bebas virus itu.


Itu laporan yang dikeluarkan Massachusetts Institute of Technology (MIT), yang kini sedang membangunkan sebuah aplikasi yang boleh mengesan pembawa virus COVID-19 dengan hanya mendengar bunyi batuk.


Lebih hebat, teknologi yang sedang dibangunkan boleh mengesan orang dijangkiti COVID-19 yang ada gelaja dan orang yang tidak menunjukkan sebarang simptom ataupun asimptomatik.


Setakat ini, kadar kejayaan kajian itu adalah 98.5% untuk mengesan pesakit COVID-19 melalui audio orang yang bergejala manakala 100% bagi yang asimptomatik (batuk secara paksa).



Aplikasi itu dibantu algoritma kecerdasan buatan ataupun artificial inteligence (AI), yang boleh mengesan bunyi yang tidak dapat didengar oleh telinga manusia.


Kajian MIT itu menggunakan sekitar 70,000 sampel audio orang batuk, di mana 2,500 daripadanya positif COVID-19.


Jika pihak berkuasa Amerika Syarikat membenarkan teknologi itu digunakan pada aplikasi mudah alih, ia boleh membantu mempercepatkan proses mengesan individu yang asimptomatik COVID-19 dan juga yang menunjukkan gejala.


Kajian itu diterbitkan secara online, dan bagi yang bijaksana bolehkan membacanya di pautan ini.


MIT melakukan kajian ini bersama dengan Carnegie Mellon University in Pennsylvania, and Cambridge University in the United Kingdom.


Foto: Mohammed Hassan @ Pixabay


Batuk dekat telefon sudah cukup untuk kesan pesakit COVID-19 - Kajian Batuk dekat telefon sudah cukup untuk kesan pesakit COVID-19 - Kajian Reviewed by Hilal Azmi on November 04, 2020 Rating: 5

No comments