Home Top Ad

Beli khemah online untuk dating, sekali sampai khemah untuk kucing



Dalam app nampak macam besar, sekali sampai muat untuk kucing tidur saja.

Itulah nasib seorang lelaki dari Thailand yang membeli sebuah khemah secara online, tanpa melihat butiran produk dengan betul.

Khemah yang dibeli pada harga $14 (RM58) itu sebenarnya tidak sesuai buat manusia, sebaliknya khemah itu dibuat khas untuk kucing atau anjing.

Patut la murah sangat!

Menurut entri Facebook lelaki warga Thailand itu, dia teruja untuk membeli khemah itu yang harganya dianggap murah, selari dengan promosi jualan 11:11 Shoppee.

Dia bagaimanapun tertipu dengan gambar khemah itu yang dilihat seperti khemah saiz biasa dalam aplikasi tersebut.




Nampaknya hasratnya untuk menikmati malam bersama teman wanitanya berkhemah di bawah bintang terpaksa dibatalkan.

Khemah berwarna merah jambu, berbunga berserta kelambu mungkin berbunyi romantik, jika manusia boleh muat tidur dalam khemah itu la.

Khemah itu sebenarnya dibuat untuk haiwan peliharaan.

Walaupun kecewa tersalah beli, dia tetap memuat naik entri gambarnya bersama khemah itu di laman Facebook sekadar untuk berjenaka. 

Haih, melepas lah lagi...


Dalam entri tersebut, dia turut memberi amaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati sebelum membuat pembelian dalam talian.


Pada masa sama, dia menggesa semua orang untuk membaca informasi dengan teliti dahulu, supaya anda tidak melakukan kesilapan sama sepertinya.


Sumber foto: Facebook โกศล แสนขันแก้ว



Beli khemah online untuk dating, sekali sampai khemah untuk kucing Beli khemah online untuk dating, sekali sampai khemah untuk kucing Reviewed by Hilal Azmi on November 18, 2020 Rating: 5

No comments