Home Top Ad

Berapa kali krew ISS tengok matahari terbit?



Kejayaan Space X melancarkan roket ulang alik ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Crew Dragon pagi tadi merupakan satu pencapaian yang bersejarah.


Sementara menunggu kepulangan angkasawan dalam ujian pertama kapsul Crew Dragon ini, ada yang tanya, angkasawan di ISS nampak ke kejadian matahari terbit dan terbenam dari sana?


BACA: BERAPA KOS BINA ISS?

BACA: KENAPA BAHASA RUSIA PENTING DI ISS?


Jawapannya adalah, angkasawan yang berkhidmat ISS dapat menyaksikan 15-16 kejadian matahari terbit dan terbenam setiap hari.


ISS mengorbit atau mengelilingi bumi dengan kelajuan 27,700 kilometer sejam dan melengkapkan satu putaran bumi dalam masa 92 minit.


Sejak pelancaran pertama module pertama ISS, Zarya pada November 1998, ISS dah pusing bumi lebih daripada 100,000 kali dengan perjalanan melebihi 4.25 juta kilometer.


BACA: ANGKASAWAN PUN MENGUNDI RUPANYA

BACA: PELANCARAN CREW DRAGON TERLALU AMERIKA

BACA: SATU HARI BUMI AKAN DITELAN MATAHARI


Sumber foto: Matahari terbit di Utara Eropah, NASA





Berapa kali krew ISS tengok matahari terbit?  Berapa kali krew ISS tengok matahari terbit? Reviewed by Hilal Azmi on November 16, 2020 Rating: 5

No comments