Home Top Ad

Dalam banyak bilion, KWSP yang jadi tumpuan

 


Keputusan atau pengumuman yang paling dinanti-nantikan orang ramai dalam pembentangan Belanjawan 2021 sudah pasti mengenai pengeluaran akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). 


Akhirnya Menteri Kewangan mengumumkan kebenaran untuk mengeluarkan daripada Akaun 1 kepada yang hilang pekerjaan, sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh 12 bulan.


Bukan sahaja orang awam tapi menteri-menteri pun gembira dengan pengumuman itu. Tengok saja tweet Melissa Johnson ini.




Bantuan KWSP ini akan jadi banyak ditambah dengan bantuan-bantuan lain yang akan diterima dari Belanjawan 2021 terhadap golongan bersasar.


RM500 bukanlah untuk pelaburan (walaupun ada tawaran insurans dalam bentuk pelaburan) tetapi untuk perbelanjaan harian yang diperlukan sekarang, kalau untuk pelaburan baik simpan dalam KWSP saja.

 


Bagaimanapun, setiap cadangan pasti ada yang tak berapa puas hati dengan jumlah yang dibenarkan. 

Ada yang menjangkakan pengeluaran sebanyak RM10,000 secara one-off sepatutnya diberikan, bukan secara bulanan.


RM500 sebulan bersamaan dengan RM6,000 setahun. Ditambah dengan akaun 2, RM500 sebulan selama 12 bulan jadilah RM12,000 keseluruhan.


Tapi pada masa sama, tak ramai pun yang mampu untuk mengeluarkan RM500 sebulan, ataupun RM10,000 sekali gus dari KWSP.


MP Muar, Syed Saddiq antara yang ingin mendapatkan pandangan orang ramai mengenai cadangan kerajaan itu kerana menurutnya, hanya 600,000 daripada 14 juta pencarum yang dapat keluarkan caruman sebanyak itu.

 


Dalam pada itu, ada juga tak puas hati Akaun 1 boleh dikeluarkan hanya untuk yang hilang pekerjaan ataupun bersasar sahaja.


Ini kerana ramai juga merungut dipotong gaji oleh majikan akibat pandemik COVID-19 ini.

 


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkongsi pandangannya di Twitter.




Ada pandangan anda mengenai pengeluaran KWSP ini? Adakah cadangan yang bijak atau sebaliknya? Ada ke duit dalam KWSP tu?


 

Dalam banyak bilion, KWSP yang jadi tumpuan Dalam banyak bilion, KWSP yang jadi tumpuan Reviewed by Hilal Azmi on November 06, 2020 Rating: 5

No comments