Home Top Ad

Di Bali, pelajar bayar yuran pakai buah kelapa

Tak cukup bajet bayar yuran pelajaran? Sebuah pusat akademi pelancongan di Bali, Indonesia ada jalan penyelesaian.


Kekangan kewangan susulan pandemik COVID-19, Venus One Tourism Academy membenarkan pelajarnya membayar yuran pelajaran dengan menggunakan kelapa.


Ye, buah kelapa. 


Tetapi buah itu harus organik kerana kelapa organik diperlukan pusat akademi, yang turut merupakan pengeluar minyak kelapa dara.


Mereka memerlukan kelapa itu untuk menghasilkan minyak dara yang boleh dijual dengan nilai yang tinggi.


Oleh itu, skim bayaran seperti ini tidak merugikan mana-mana pihak.



Sebelum ini, pusat akademi pelancongan itu menerima bayaran ansuran sebanyak tiga kali dengan 50 peratus bayaran pertama, 20 peratus bayaran kedua, dan 30 peratus bayaran ketiga.


Tetapi dengan skim bayaran fleksibel ini, ia memudahkan pelajar dan pada masa sama menguntungkan pusat akademi.


Pengarah Venus One, Wayan Pasek Adi Putra menganggap skim ini juga mampu mendidik pelajar pusat akademi itu untuk menggunakan hasil alam semula jadi secara optimum.


Ada tak mana-mana pihak universiti atau kolej di Malaysia yang nak pertimbangkan skim bayaran pakai buah-buahan? PM tepi.



Di Bali, pelajar bayar yuran pakai buah kelapa Di Bali, pelajar bayar yuran pakai buah kelapa Reviewed by Hilal Azmi on November 12, 2020 Rating: 5

No comments