Home Top Ad

Foto terpanjang dunia dicetak dari puncak gunung Jerman



Foto sepanjang 109.04 meter berjaya dicetak syarikat fotografi dan pengimejan digital, Canon, sekali gus mencipta rekod sebagai pencetakan foto digital terpanjang di dunia yang diiktiraf Guinness World Records.


Ya apa yang dibuat ini mungkin untuk meyakinkan kita bahawa Canon pengeluar pencetak foto digital terhebat di dunia.



Bukan setakat mencetak gambar terpanjang sahaja, malah gambar itu dicetak di sebuah lokasi popular sukan ski jumping, Schattenbergschanze di Jerman dalam keadaan suhu hampir beku, dalam hujan dan bersalji.


1.37 liter pewarna pencetak digital digunakan untuk menghasilkan foto yang dicetak dari puncak litar ski jump di Oberstdorf itu.


Pencetak imagePROGR AF PRO-6100 large format photo Canon diletak di puncak litar ski jumping di Schattenbergschanze untuk menghasilkan pencetakan foto terpanjang di dunia ini.


Cetakan yang mengambil masa 16 jam itu menerima anugerah penghargaan Rekod Dunia Guinness, 26 September lalu.


Foto yang dicetak merupakan kolaj gambar landskap dan portret rakyat dan artis tempatan Oberstdorf.


Pengarah Kumpulan Canon Jerman, Markus Koch menerima anugerah Rekod Dunia Guinness. Kiri: Timbalan Presiden Diet Persekutuan Jerman, Claudia Roth


Kejayaan ini disusuli dengan pengumpulan dana sebanyak 5,000 Euro (RM24,248) menerusi gambar yang dilelong untuk diderma kepada "Schaut hin!" sebuah badan kebajikan sokongan kanak-kanak di Jerman.



Sumber foto: Canon Malaysia



Foto terpanjang dunia dicetak dari puncak gunung Jerman Foto terpanjang dunia dicetak dari puncak gunung Jerman Reviewed by Hilal Azmi on November 19, 2020 Rating: 5

No comments