Home Top Ad

Hackers boleh guna vacuum cleaner untuk rakam perbualan kita


Bagaimana peralatan rumah harian moden seperti pembersih hampagas robotik ataupun vacuum cleaner ini boleh digodam dan digunakan untuk merakam perbualan kita?


Ada mikrofon ke dalam vacuum cleaner robotik di rumah kita?


Kajian yang dibuat Universiti Kebangsaan Singapura mendapati hackers ataupun penggodam boleh memanipulasi sensor atau penderia LiDAR yang ada pada pembersih hampagas robotik di rumah untuk tujuan jahat. 


Ya, LiDAR adalah sensor pengesan cahaya yang sama pada iPhone 12 untuk menghasilkan gambar yang lebih baik.


Tapi LiDAR pada vacuum cleaner dekat rumah anda digunakan untuk mengesan objek dan membuat mapping dalam rumah anda seperti digunakan pada probe agensi angkasa lepas di planet Marikh, selain kereta tanpa pemandu.


Dalam kes vacuum cleaner di rumah, hackers memanipulasi LiDAR sehingga ia boleh bertindak sebagai mikrofon (yang tak ada dalam vacuum cleaner) dengan menangkap getaran yang dihasilkan sebelum diproses untuk mendapatkan bunyi yang ada dalam getaran itu.


Proses pemulihan berasaskan algoritma pembelajaran mendalam itu menunjukkan keberkesanan sehingga 90 peratus berdasarkan laporan kajian yang dikeluarkan.


Tapi jangan la takut sangat kerana banyak proses perlu dilalui untuk melakukan kerja jahat ini.


Perkara pertama yang perlu dilakukan menceroboh rangkaian internet rumah kita dahulu, yang digunakan untuk mengawal vacuum cleaner robotik kita di rumah.


Untuk memastikan perkara ini tidak belaku, LiDAR juga perlu melakukan kemas kini terhadap firmware ataupun perisian tegar dengan kerap bagi memastikan vacuum cleaner hanya digunakan untuk membersihkan rumah dan bukan alat mengintip.


Aduhai, vacuum cleaner pun nak hack ke?



Sumber: Forbes

Cover photo: Yoonjae Baik @ Unsplash



Hackers boleh guna vacuum cleaner untuk rakam perbualan kita Hackers boleh guna vacuum cleaner untuk rakam perbualan kita Reviewed by Hilal Azmi on November 24, 2020 Rating: 5

No comments