Home Top Ad

Hot Wheels Legends Tour: Jay Leno puji kereta peserta Malaysia

 



Inilah kereta custom yang dibina oleh Ravinder Singh dari Johor yang berjaya memasuki final pertandingan 2020 Hot Wheels Legends Tour.


Kereta yang dibina Ravinder itu dipanggil Mercenary, merupakan kereta yang diubahsuai daripada sebuah Morris Minor, enjin Mercedes dan ada bahagian dari Volkswagen.



Mercenary yang dibina Ravinder. Foto: Art of Speed



Dalam final yang diadakan secara virtual itu, Ravinder bersaing dengan 12 peserta lain dari seluruh dunia, dalam program yang dihoskan Jay Leno dan Jarod DeAnda.


Juri yang memilih pemenang termasuklah Snopp Dogg, Gabriel “Fluffy” Iglesias, Brionna Lynch dan Leno sendiri.


Leno memang suka dengan kreativiti dan gabungan enjin dan aksesori yang dipadankan pada Mercenary kerana kebanyakannya tak boleh didapati di Amerika Syarikat.


Ada juri mengatakan ia kelihatan sangat garang dan 'evil' seakan kereta yang menuju ke neraka.


Walaupun kita rasa kereta yang dibina Ravinder sudah hebat, finals Legends Tour itu dimenangi oleh Riley Stair dari Amerika Syarikat.


Ini dia kereta yang menang 2020 Hot Wheels Legends Tour. Foto: DriveTribe

Juri lebih minat kereta yang diubahsuai oleh Riley yang merupakan sebuah Pontiac Trans Am 1970.


2020 Hot Wheels Legends Tour adalah pertandingan kereta custom peringkat global.


Ini merupakan tahun ketiga pertandingan Hot Wheels yang mengumpulkan peminat kereta custom dari seluruh dunia.


Pemenang akan menyaksikan kereta mereka dibina pada skala 1:64 oleh Hot Wheels.


Apapun tahniah kami ucapkan kepada Ravinder, seorang graduan kejuruteraan elektrik yang kini merupakan pemilik The Classic Garage di Johor, dan sangat aktif dalam komuniti custom di Malaysia.


Seperti kata Jarod, kesemua 13 finalis adalah pemenang.





Hot Wheels Legends Tour: Jay Leno puji kereta peserta Malaysia Hot Wheels Legends Tour: Jay Leno puji kereta peserta Malaysia Reviewed by Hilal Azmi on November 28, 2020 Rating: 5

No comments