Home Top Ad

Lagi besar ombak, lagi best buat Sebastian Steudner


Biasanya kalau ada ribut atau ombak besar, kita tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti di laut, malah nelayan dinasihatkan untuk tidak turun menangkap ikan.


Tapi berbeza dengan Sebastian Steudner, seorang peluncur ombak profesional yang gian untuk meluncur di ombak gergasi, sejak berusia 16 tahun lagi.


Lagi besar ombak, lagi kuat angin, itulah masa terbaik untuk mereka naik jetski dan pergi meredah ombak di tengah laut.


Berasal dari Nurnberg, Jerman, Steudner berhijrah ke Maui, di mana dia dibesarkan oleh legenda-legenda luncur ombak di Hawaii.


Buat masa ini, Steudner berada di Nazare, sebuah perkampungan nelayan kecil di Portugal, 130 kilometer dari Lisbon.



Ini bukan kali pertama Steudner bertekad untuk meluncur ombak yang paling besar di dunia dan mencipta rekod baru di Nazare kerana pada 2018, rakamannya meluncur ombak gergasi di situ mendapat hampir 4 juta tontonan di Youtube.


Ombak di Nazare boleh mencapai 78 kaki ataupun 23 meter, bersamaan dengan bangunan 10 tingkat.


Bukan sahaja tinggi, ombak di Nazare adalah yang paling laju di dunia dan papan luncur khas diperlukan untuk berjaya melepasi halangan di lautan itu.


Ombak di Nazare boleh mencapai ketinggian yang menakutkan memandangkan gaung di bawah air adalah sepanjang 230 kilometer dan lebih dalam daripada cerun di Grand Canyon.


Sumber: 3MPG Content Butler


Lagi besar ombak, lagi best buat Sebastian Steudner  Lagi besar ombak, lagi best buat Sebastian Steudner Reviewed by Hilal Azmi on November 03, 2020 Rating: 5

No comments