Home Top Ad

#mataisrarkhalid : Sehari Sebelum Deepavali 2020


Satu ketika pada awal tahun tempoh hari kita membayangkan pandemik COVID-19 dapat berakhir sebelum Deepavali. Meleset sama sekali, kerana nampaknya perjuangan kita masih jauh.

Seperti umat Islam menyambut Aidilfitri pada Mei lalu, para penganut Hindu di seluruh Malaysia meraikan Deepavali tahun ini dalam norma baharu. Begitupun, sekitar Brickfields khususnya Jalan Tun Sambanthan tetap meriah walau tidak seperti tahun-tahun sebelum ini.

Brickfields sudah sekian lama menjadi tempat yang sinonim dengan komuniti India di Kuala Lumpur, sejak awal sejarahnya. Dahulunya kawasan ini adalah medan pembuatan batu bata dan juga pernah menjadi depoh Malayan Railway (kini Keretapi Tanah Melayu) ketika pentadbiran British.

Imperialis menggunakan tenaga kerja dari India dan Sri Lanka untuk menggerakkan industrinya di sini. Sejak itu, mereka beranak pinak membentuk keturunan yang membentuk komuniti yang mengamalkan budaya leluhur mereka di Brickfields sehingga hari ini. 

Deretan kedai di kawasan yang digelar 'Little India' saban tahun pasti akan berasak-asak setiap kali menjelang perayaan cahaya. Jumaat 13 November 2020, hujan lebat membasahi bumi ketika orang ramai sibuk membuat persiapan akhir sebelum hari raya pada esoknya. 

Maka saya mengubah tetapan pada kamera, menambah seganda sensitiviti pada filem Kodak Portra 400 menjadi 800 (+1) untuk disesuaikan dengan pencahayaan mendung hari itu. Diambil dengan kamera Canon AE-1 Program dengan lensa Canon FDn 35-70mm f3.5.























#mataisrarkhalid : Sehari Sebelum Deepavali 2020 #mataisrarkhalid : Sehari Sebelum Deepavali 2020 Reviewed by Hilal Azmi on November 16, 2020 Rating: 5

No comments