Home Top Ad

Muslim Pro nafi jual data kepada tentera Amerika


Tentera Amerika Syarikat didakwa mendapatkan data lokasi pengguna daripada aplikasi Muslim Pro dan pelbagai aplikasi yang digunakan khas oleh orang Islam.


Aplikasi itu digunakan oleh lebih 150 juta orang Islam di seluruh dunia untuk mengingatkan mereka tentang waktu solat dan arah kiblat.


Itu yang dilaporkan VICE, di mana tentera Amerika Syarikat mendapatkan lokasi pergerakan orang Islam di seluruh dunia, menerusi aplikasi yang dgunakan khas oleh orang Muslim.


KEMAS KINI: Muslim Pro sudahpun menafikan mereka menjual data kepada tentera Amerika Syarikat. Boleh dibaca di Astro AWANI




Mudahkan? Tapi kena ingat lokasi ini tidak semestinya tepat dan itu lebih membimbangkan.


BACA: KENAPA UK HARAMKAN HUAWEI


Tentera Amerika memang terkenal dengan melancarkan serangan dron ke atas suspek pengganas sehingga menyebabkan kematian orang awam kerana terlalu bergantung kepada risikan yang diperoleh menerusi signals intelligence (SIGINT).


SIGINT ini adalah perisikan yang diperoleh menerusi komunikasi menggunakan isyarat elektronik seperti maklumat daripada telefon mudah alih, atau metadata untuk menentukan lokasi serangan.


Serangan seperti ini dilakukan di Yaman dan juga Somalia.


Sekarang tentera AS didakwa mendapatkan lokasi pergerakan orang Muslim menerusi aplikasi telefon mudah alih yang hanya digunakan orang Islam.


Menurut laporan Motherboard VICE itu, Tentera AS mendapatkan data lokasi pengguna aplikasi khas untuk orang Islam itu melalui dua kontraktor, iaitu Babel Street dan X-Mode.


Babel Street merupakan pembangun produk Locate X yang digunakan US Special Operations Command (USSOCOM) operasi skuad anti-pengganas yang beroperasi di luar negara.


Sementara X-Mode membeli data lokasi terus daripada pembangunan aplikasi dan menjualnya terus kepada kontraktor yang ada kaitan dengan ketenteraan.


Maklumat diperoleh Motherboard VICE adalah menerusi temubual dengan orang awam, pembangun aplikasi dan analisis teknikal yang menunjukkan dua aliran data yang terasing dan selari digunakan atau sudah digunakan oleh tentera Amerika untuk mendapatkan data lokasi pengguna.


Bagaimanapun penjualan data ini kepada tentera Amerika ini tidak disengajakan kerana menurut laporan VICE itu lagi, kebanyakan pembangun aplikasi tidak tahu kepada siapa data itu diberikan.


Ini kerana data tersebut dijual kepada pelbagai agensi kerajaan selain syarikat swasta yang lain.


BACA: PENGHARAMAN TIKTOK DI AS DITANGGUH

BACA: 10 FAKTA MENARIK MENGENAI TIKTOK


Ramai pengguna tidak sedar kandungan dalam perjanjian privasi aplikasi yang dipasang membenarkan perkara ini dilakukan.


Dengan perisikan seperti ini, tidak hairanlah kenapa Amerika Syarikat takut dengan aplikasi TikTok yang didakwa memberikan data kepada kerajaan China.


Pengguna aplikasi digalakkan untuk menyemak semula perjanjian privasi aplikasi lain, bukan sahaja ada kaitan dengan Muslim, bagaimana data anda dikendalikan oleh syarikat itu.


Laporan penuh VICE mengenai aplikasi Muslim itu dengan klik di sini.





Muslim Pro nafi jual data kepada tentera Amerika Muslim Pro nafi jual data kepada tentera Amerika Reviewed by Hilal Azmi on November 17, 2020 Rating: 5

No comments