Home Top Ad

Oumuamua: Komet atau kapal angkasa alien?


Oleh kerana sebuah objek interstellar (ruang antara bintang) kelihatan berbeza daripada sebuah komet yang biasa ditemui, ahli fizik astronomi dari Harvard tidak menolak kemungkinan bahawa ia adalah sebuah kapal angkasa milik mahkluk asing (alien).


Objek yang dinamakan Oumuamua itu ditemui pada 2017 oleh Robert Weryk dari Universiti Hawaii, patutlah namanya pun eksotik.


(Dalam bahasa Hawaii, Oumuamua bermaksud sebuah utusan yang pertama tiba dari jauh) 


BACA: APA BEZA ASTEROID, METEOR DAN KOMET?


Weryk menemui objek tersebut menggunakan teleskop Pan-STARRS (Panoramic Survey Telescope and Rapid Response System) di Hawaii.


Pergerakan Oumuamua agak luar biasa, ia masuk dan keluar dalam sistem solar kita tidak seperti komet biasa yang akan mengelilingi matahari.


BACA: ALIEN WUJUD DI PLANET ZUHRAH

BACA: RAKAMAN AUDIO NGERI DI PLANET 'ALIEN' ZUHRAH


Bagi ahli astronomi dari Universiti Harvard, Oumuamua bukan komet kerana ia tidak berlaku aktiviti penyahgas hasil daripada permukaan ais yang melebur apabila memasuki sistem solar kita.


Akibatnya ia akan kelihatan seperti ada seperti yang ada pada komet yang lain.


Salah seorang ahli fizik astronomi yang menyiasat Oumuamua adalah Abraham Loeb, yang merupakan Pengerusi Jabatan Astronomi Universiti Harvard.


Bagi Loeb, mereka tidak menolak ia sebuah kapal angkasa alien kerana membuat penyiasatan seperti Sherlock Holmes, dengan tidak menolak kemungkinan yang mustahil.


Ada juga hipotesis yang mengatakan pergerakan Oumuamua menggunakan layar suria atau solar sail seperti teknologi yang digunakan untuk kapal angkasa IKAROS yang dilancarkan Agensi Angkasa Jepun (JAXA) pada 2010.


Salah satu cara nak tahu apa itu Qumuamua ialah dengan mendekatinya,
hantar saja kapal angkasa mengekorinya. Foto: www.popularmechanics.com

Layar suria menggunakan tekanan radiasi suria seperti angin yang menggerakan parahu layar di laut.


Bagaimanapun semua ini hanyalah sekadar idea dan tidak boleh dibuktikan lagi memandangkan Loeb sendiri tidak mempunyai data yang cukup mengenai Oumuamua.


Hipotesis Loeb ditolak bulat-bulat oleh pihak yang menemui Oumuamua di Hawaii.


Bagi Weryk, pihaknya turut terfikir mengenai kemungkinan ia sebuah kapal angkasa alien dan hampir memasukkannya dalam laporan yang dikeluarkan.


Ia berdasarkan data yang diperoleh dan memuktamadkan Oumuamua sebagai sebuah batu atau objek semula jadi di angkasa lepas.


Sukar untuk mendapatkan data yang lebih lengkap untuk mengkaji Oumuamua kerana masih terlalu jauh untuk dilihat dengan teleskop dari bumi.


Kemudian ada lagi satu kajian yang dibuat ahli fizik astronomi, Daryll Seligman dan Gregory Laughlin yang mendapati Oumuamua adalah jirim yang terdiri daripada hidrogen molekul.


Loeb bersama seorang ahli fizik astronomi Korea, Thiem Hoang menolak dapatan itu dengan mengeluarkan satu lagi laporan pada Ogos tahun ini bahawa hidrogren molekul akan musnah akibat kepanasan yang dihasilkan cahaya bintang.


Jawapan hanya akan diperoleh jika mereka dapat menemui objek interstellar lain seperti Oumuamua yang sudah berada dalam sistem solar kita.


Pada Julai tahun lepas, ahli astronomi sudahpun menyimpulkan bahawa Qumuamua sebagai salah satu objek semula jadi di angkasa lepas.


Apa yang penting kita perlu pastikan pakar-pakar ini terus membuat kerja untuk menjejak objek yang kemungkinan memberi ancaman kepada bumi, alien ataupun tidak.



Sumber: Business Insider, NASA, Scientific American

Photo cover: Lakaran artis dari ESO/M Kornmesser/PA menggambarkan rupa bentuk Qumuamua yang dianggar bersaiz 100-1000 meter. 



Oumuamua: Komet atau kapal angkasa alien?  Oumuamua: Komet atau kapal angkasa alien? Reviewed by Hilal Azmi on November 23, 2020 Rating: 5

No comments