Home Top Ad

Pengharaman TikTok di Amerika Syarikat ditangguhkan


Pentadbiran Donald Trump tak lupa mengenai pengharaman TikTok di mana tarikh akhir baginya untuk dijual operasinya kepada syarikat milik Amerika Syarikat berakhir semalam.


Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat memberitahu pengharaman tu terpaksa ditangguhkan kerana ia dihalang mahkamah.


Jabatan Penghakiman Amerika Syarikat membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Daerah di Washington itu di mana satu perintah injunksi awal dikemukakan ByteDance untuk menghalang pengharaman TikTok di Amerika Syarikat.


BACA: SORRY GENZ, BIDEN PUN TAK SUKA TIKTOK

BACA: KISAH PERANG APLIKASI TIKTOK

BACA: APAHAL TIKTOK DIHARAMKAN DI INDIA


Pada Ogos, Trump menandatangani arahan eksekutif untuk mengharamkan TikTok di Amerika jika ia tidak menjual aplikasi itu kepada syarikat negara itu.


Walaupun Trump beri tempoh 45 hari untuk Bytedance berbuat demikian, dia kemudian menukar tarikh akhir kepada 12 November.


Oracle dan Walmart adalah dua syarikat negara itu yang berminat untuk mengambil alih TikTok.


Amerika, seperti India bimbang Tiktok berkongsi data pengguna mereka kepada kerajaan China.


BACA: 10 FAKTA MENARIK MENGENAI TIKTOK


Foto: Olivier Bergeron


Pengharaman TikTok di Amerika Syarikat ditangguhkan Pengharaman TikTok di Amerika Syarikat ditangguhkan Reviewed by Hilal Azmi on November 13, 2020 Rating: 5

No comments