Home Top Ad

POV: Kenapa organisasi media blurkan gambar pesalah? Ini sebab-sebabnya.



Rasa ingin tahu merupakan lumrah yang sentiasa ada dalam diri setiap individu.


Lebih-lebih lagi apabila membaca laporan berita mengenai isu jenayah, pelakuan sumbang dan gosip hiburan.


Perasaan itu bagaimanapun terencat apabila organisasi media bertindak menutup gambar atau tidak mendedahkan nama sebenar pesalah.


Pastinya ia menimbulkan kemarahan masyarakat, seterusnya pelbagai dakwaan yang tidak enak dihemburkan ke atas organisasi media tersebut.






Dalam hal ini, masyarakat harus memahami apa itu etika kewartawanan. Etika merupakan moral atau akhlak.


Ia bukan undang-undang namun amalan yang perlu dilakukan bagi memastikan para wartawan kekal bertanggungjawab dan profesional dalam tugasan.


Menurut Setiausaha Persatuan Pengajar Kewartawanan Malaysia, Ahmad Faisal Mohamed Fiah, terdapat beberapa perkara yang perlu ditutup oleh media.


Antaranya, gambar orang kena tuduh (OKT), kanak-kanak, pesalah juvana dan keluarga pesalah.


“Kena ingat asas kewartawanan adalah seseorang yang dituduh atau didakwa bersalah masih belum bersalah selagi belum dibuktikan bersalah di mahkamah".


Bagi pesalah juvana, kanak-kanak dan keluarga pesalah pula tindakan menutup gambar mereka untuk memastikan tidak timbul kesan jangka panjang terhadap mereka pada masa hadapan.


“Masyarakat akan menjatuhkan hukum terhadap kanak-kanak serta keluarga pesalah terbabit dan kesan jangka panjangnya apabila kanak-kanak itu semakin membesar. Sudah tentu ia akan memberi kesan psikologi".


Dalam masa sama pensyarah kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu turut mengingatkan masyarakat supaya tidak mempertikaikan tindakan-tindakan organisasi media.


Hal ini kerana, semua organisasi media di Malaysia telah pun dilingkari dengan berbagai-bagai undang-undang seperti Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1986, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


“Masyarakat perlu sedar bahawa media berpegang pada kebenaran dan usaha sebaik mungkin untuk menyebarkan maklumat kepada umum mengikut peraturan sewajarnya,".


POV: Kenapa organisasi media blurkan gambar pesalah? Ini sebab-sebabnya. POV: Kenapa organisasi media blurkan gambar pesalah? Ini sebab-sebabnya. Reviewed by Hilal Azmi on November 29, 2020 Rating: 5

No comments