Home Top Ad

POV: Membina kereta berskala bukan semuanya rumit


JIKA dilihat daripada mata kasar, mungkin ada yang beranggapan hobi membina kereta berskala ini mudah dan mampu dibina oleh sesiapa sahaja.

Ia sebenarnya memerlukan fokus dan ketelitian dan daya kreativiti yang tinggi, tambahan pula bahagian dan aksesori kenderaannya yang halus sehingga ada yang perlu menggunakan kanta pembesar.


Bagi Syefry Moniz Mohd. Nizar, 46, hobi membina kereta berskala ada 'rencah' yang tersendiri, bergantung kepada individu.

"Tak ramai yang betul-betul minat dengan hobi 'modeling scale' ni. Ada yang cakap rumit. Nak cakap rumit ni kalau anda memang minat, tak ada masalah.

"Ada disediakan guide line kaedah untuk pasang step by step. Hanya ikut apa yang ditunjukkan. Melainkan bila anda nak buat pengubahsuaian," katanya.

Syefry Moniz bersama kereta skala binaannya.


Selain mengubahsuai, bahagian yang rumit apabila ia melibatkan proses semburan cat dan kerja-kerja pemasangan pada bahagian enjin kereta.

"Kalau untuk detailing, kena ikut satu persatu. Kalau macam detailing enjin pun rumit. Sebab apa, sebab dia halus. Macam saya, saya gunakan kanta pembesar," jelasnya.


Fokus kepada Auto Plamo yang bermaksud kereta permotoran, Syefry lebih selesa untuk 'setia' kepada skala 1/24 berbanding nisbah lain.

"Kalau macam F1 kita ada 1/20, kalau macam motor 1/12. Ada banyak lagi..1/35, kita ada 1/72, 1/48. Kalau 1/35 banyak military

"Tapi untuk saya punya ni 1/24. Saya banyak main skala 1/24 kereta. Ada yang buat kereta, ada yang buat kapal terbang, ada yang buat military, ada buat diorama, macam-macam lah," katanya.

Menurut Syefry, untuk menghasilkan sesebuah kereta, ada kalanya dia mengambil masa sehingga berbulan-bulan bergantung kepada kreativiti dan persembahan.

"Ia bergantung kepada apa yang anda nak buat atau sama ada ia melibatkan pengubahsuaian. Macam saya, saya akan buat kajian, tengok dulu. 

"Tak semua aksesori ada dijual. Banyak juga yang saya hasilkan sendiri. Kita selidik, buat kajian sebelum beli peralatan yang sesuai untuk DIY," jelasnya.


Mula terlibat dengan hobi kereta skala sejak sekolah, Syefry dididik oleh bapa saudaranya yang juga mentor buat dia dan abangnya bahawa hobi ini bukanlah permaianan, sebaliknya ia merupakan satu seni.

"Benda ni bukan mainan. Sebab kadang-kadang masa menyertai pameran, pengunjung melihat binaan ini adalah permainan.

"Hobi ini sebenarnya adalah seni kerana kita sendiri pasang dan reka mengikut citarasa yang kita inginkan. Satu lagi, ia sangat-sangat rapuh.

"Diperbuat daripada plastik. Kita hanya gam bahagian kereta, namun ada yang datang belek-belak, tolak-tolak dan akhirnya tercabut atau patah," tambahnya.

Tidak hanya terhenti sebagai hobi, Syefry turut menyertai pertandingan dan kejohanan yang dianjurkan untuk bersama-sama kumpulan yang turut memiliki hobi sama.

"Kita bukan bertanding sebab nak menang atau kejar hadiah, tetapi lebih kepada nak berkumpul dengan rakan-rakan yang sama hobi.

"Pernah juga menang dalam beberapa pertandingan. Saya anggap ia sebagai satu kepuasan selepas berbulan-bulan atau berminggu-minggu fokus membina kereta skala ini," katanya.


POV: Membina kereta berskala bukan semuanya rumit POV: Membina kereta berskala bukan semuanya rumit Reviewed by Hilal Azmi on November 08, 2020 Rating: 5

No comments