Home Top Ad

POV: Nak cantik? kenal dulu bahan dalam produk anda


Kalau nak cakap soal cantik, semua orang nak jadi cantik.

Jadi tidak hairanlah jika ramai orang sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan kulit idaman mereka atau skin goals.

Namun dalam membeli produk-produk kecantikan, adakah anda pasti produk yang dibeli itu selamat digunakan?

Menurut Doktor Perubatan Am (Estetik), Dr Muhammad Imran, ada produk pada masa kini yang menggunakan bahan-bahan terlarang untuk mempercepatkan proses kecantikan tersebut.

Dan bahan-bahan tersebut terbahagi kepada dua iaitu bahan terlarang dan bahan campur palsu.

"Bahan terlarang tu maksudnya tak boleh letak langsung iaitu merkuri, tak boleh langsung letak dalam produk dan ia akan mendatangkan kesan sampingan kepada kulit.

"Yang kedua ialah bahan campur palsu, bahannya seperti Hydroquinone, Steroid dan Tretinoin, bahan-bahan ini termasuk dalam jadual racun berjadual dalam akta racun 1952" katanya.


Menurut Muhammad Imran, akan ada beberapa kesan sampingan terhadap pengguna jika produk ini tidak kena dengan kulit muka pengguna.

"Kalau kita pakai ia akan terus ada kesan seperti kemerahan, kegatalan, jerawat berpanjangan, kulit kering, ini bermakna produk tersebut tidak sesuai dengan kulit muka anda dan anda perlu tukar" tambahnya.

Jadi kepada anda diluar sana jika hendak beli produk kecantikan, pastikan produk-produk tersebut tidak mempunyai bahan-bahan terlarang seperti yang telah disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nanti cantik tak dapat, duit pun terbang ke angkasa.


POV: Nak cantik? kenal dulu bahan dalam produk anda POV: Nak cantik? kenal dulu bahan dalam produk anda Reviewed by Hilal Azmi on November 15, 2020 Rating: 5

No comments