Home Top Ad

Rasa tertekan, stress? Tengok je video binatang dekat Youtube

 


Rasa tertekan, murung? Jangan risau, cuba teknik terapi baharu, iaitu menonton video haiwan comel di YouTube selama 30 minit. 

Menonton gelagat haiwan dan cara berinteraksi dengan manusia memang terbukti membuat kita rasa tenang, tetapi perkara ini turut terbukti dalam satu kajian oleh University of Leeds.

Tidak perlu susah-susah mendapatkan preskripsi ubat anti-kemurungan, atau pergi yoga retreat kerana video haiwan comel kegemaran anda seperti kucing, arnab, atau kuoka sudah cukup untuk memperbaiki mood anda.

Apa bukti video haiwan comel boleh bantu mood?


Kajian dilakukan ke atas 19 orang yang menonton slide show haiwan comel termasuk video dan gambar selama 30 minit.

15 daripadanya adalah pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, 90 minit selepas tamat slide show kajian itu.

Empat lagi merupakan kakitangan sokongan yang mengaku tertekan disebabkan kerja.

Kesemua peserta dipakaikan monitor jantung dan tekanan darah.


Foto: Tran Mau Tri Tam/UNSPLASH


Mereka turut disuruh menjawab dua set soalan State Trait Anxiety Inventory (STAI), sebelum dan selepas sesi tersebut.

Hasil yang didapati menunjukkan kekurangan dari segi tekanan yang diukur dengan kadar degupan jantung dan tekanan darah.

Sebelum sesi bermula, kadar jantung peserta adalah purata 81 degupan seminit (bpm) dan apabila sesi selesai, kadar jantung turun 6.65 peratus kepada 69.8 bpm.


Foto: Ricky Kharawala/UNSPLASH


Tekanan darah bagi peserta turut dikurangkan daripada 136/88 kepada 115/71, bersamaan dengan penurunan 14.9 peratus tekanan darah sistolik dan 18.28 peratus tekanan darah diastolik.

Ujian STAI yang diambil turut menunjukkan penurunan peratusan markah sebanyak 35.10 peratus bagi subjek selepas menonton video dan gambar haiwan. Lagi tinggi markah, lagi gelisah subjek itu.

Selepas mengetahui perkara ini, jika anda rasa tertekan atau gelisah sebelum pergi temuduga kerja, menduduki peperiksaan atau mengalami hari yang susah di tempat kerja, buka saja YouTube dan tengok video haiwan comel. Enjoy!

Foto: Gary Bendig/USPLASH




Rasa tertekan, stress? Tengok je video binatang dekat Youtube Rasa tertekan, stress? Tengok je video binatang dekat Youtube Reviewed by Hilal Azmi on November 05, 2020 Rating: 5

No comments