Home Top Ad

RBIK : Evolusi pop gembira Couple


Masa Couple mengumumkan prapesan untuk kemeja-t sempena single terbaharu mereka 'Malam Minggu', saya tak sempat buat tempahan. Kemudian masa pelancaran pun tak ada lebih.

Kemudian show mereka di Atas Angin pun tak berkesempatan nak pergi. Tak boleh jadi, maka itu yang ajak Aidil ngopi pada satu petang Sabtu yang berbahagia di ibu kota. Tapi Aidil tak minum kopi, dia minum air coklat saja.

Sebenarnya sudah beberapa kali Aidil si peneraju kugiran Couple ini datang ke program Bual Bola kami memandangkan dia ini peminat tegar Tottenham Hotspurs. Tapi tak pernah pula berbual lanjut tentang muziknya. Jadi inilah kesempatannya.

Single terbaharu Couple yang dilancarkan baru-baru ini membawakan bunyi yang sedikit lain berbanding muzik-muzik mereka yang sebelum ini. Berbeza dengan album sebelum ini terutama sekali penampilan pertama menerusi album 'Top Of The Pop' yang memang top sampai hari ini sampai ada orang jual album second-hand pada harga mencecah RM400!

Dek kerana itu membawa kepada cerita mengapa 'TOTP' dihasilkan semula atau orang putih panggil re-issue dalam jumlah terhad dan sekelip mata macam pisang goreng panas di petang hari habis terjual dalam tempoh yang singkat. Bukan setakat versi CD sahaja, malah edisi ulang tahun ke-15 album itu juga datang dalam bentuk kaset dan piring hitam. Dahsyat. 

Muzik Couple tidaklah meletup di corong-corong radio (mana ada lagi orang pakai radio bercorong?), tetapi cukup istimewa tempatnya di lapangan muzik indie tanah air. Antara band lama dari tahun 2006 dan masih bertahan sehingga hari ini. Kata Aidil, "sebab tak banyak songeh kot."

Bagi saya apa yang membuatkan Couple ini kekal dalam ingatan para pendengar adalah keringkasan yang dipersembahkan dalam muzik pop gembira mereka. Simplicity. Bunyinya tidak semak dengan pelbagai lapisan bunyi-bunyian, cukup hanya beberapa alat muzik yang menyentuh hati pendengarnya. Mood dan identiti Couple bagaimanapun tidak hilang dalam Malam Minggu walaupun ia bereksperimen dengan sentuhan elektronik. 

Cerita tentang album baharu timbul masa datang Aidil ke studio menjadi tetamu Bual Bola kami tempoh hari. Tak sempat borang panjang pasal perkembangan terbaharu itu, jadi petang Sabtu tempoh hari lah kami lepak sembang-sembang. TONTON DI SINI:




RBIK : Evolusi pop gembira Couple RBIK : Evolusi pop gembira Couple Reviewed by Hilal Azmi on November 09, 2020 Rating: 5

No comments