Home Top Ad

Siapa yang dah ada vaksin COVID-19?



Vaksin COVID-19 semakin hampir mencapai kejayaan dengan 12 jenis vaksin sudah memasuki peringkat ketiga ujian, manakala enam jenis lagi diberikan secara terhad kepada individu dan negara tetentu.


Terdapat tiga peringkat ujian vaksin COVID-19 dijalankan sekarang, dari makmal hingga ke klinik.


Berikut penjelasan mengenai vaksin COVID-19 bagi memahami proses penghasilan vaksin dan proses ujian yang perlu dijalankan.


BACA: APLIKASI SMARTPHONE UNTUK KESAN PESAKIT COVID DENGAN MENGUJI BUNYI BATUK INDIVIDU


1. Ujian awal klinikal


Saintis menguji vaksin baharu ke aats sel dan mengujinya ke atas binatang seperti tikus atau monyet untuk melihat keberkesanannya terhadap tindak balas imun.


2. Ujian peringkat pertama 


Saintis memberi vaksin kepada manusia dalam jumlah yang kecil untuk menguji keselamatan dan dos, serta pengesahan ia merangsang sistem imun.


3. Ujian peringkat kedua


Ujian ini lebih meluas dan melibatkan ratusan orang yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan, termasuk kanak-kanak dan warga emas. 


Tujuan ia diadakan adalah untuk melihat reaksi vaksin terhadap golongan itu. Ujian seterusnya adalah untuk menguji keselamatan vaksin dan kemampuannya untuk merangsang sistem imun.


4. Ujian peringkat ketiga/akhir 


Saintis memberi vaksin kepada ribuan manusia dan menunggu berapa ramai yang dijangkiti COVID-19, berbanding sukarela yang menerima vaksin palsu ataupun placebo.


Ujian yang dijalankan menentukan sama ada vaksin itu berkesan mencegah coronavirus. Peringkat ini sudah cukup untuk mendedahkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan mungkin terlepas pandang oleh ujian sebelum ini.


5. Peringkat Awal atau kelulusan terhad


China dan Rusia meluluskan vaksin tanpa menunggu keputusan ujian peringkat ketiga ataupun yang terakhir.


Kelulusan hanya boleh diberikan oleh regulator setiap negara yang menilai keputusan ujian. 


Perkara ini biasanya diamalkan semasa pandemik, di mana kebenaran menggunakannya diberikan atas dasar kecemasan oleh pihak berkuasa masing-masing.


BACA: AKIBAT SATU MAJLIS KAHWIN, 177 DIJANGKITI COVID-19, 7 MENINGGAL DUNIA


Siapa pakai vaksin yang tak masuk ujian peringkat akhir?



China, Rusia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menggunakan pendekatan kelulusan terhad.


Di China, orang awam boleh mendapatkan vaksin dengan bayaran sekitar RM1,235 di hospital swasta di negara itu.


Vaksin CoronaVac yang dibuat SinoVac juga boleh diperolehi dengan bayaran serendah RM247 di sebuah hab vaksin di Yiwu, malah beberapa jenis vaksin eksperimental COVID-19 yang sudah diberikan kepada pekerja barisan hadapan dan pegawai kerajaan yang sering ke luar negara.


BACA: GUNA OTAK! PAKAI PELITUP MUKA - ZLATAN


China juga yang paling agresif dalam menghasilkan vaksin apabila kementerian kesihatan negara itu menjanjikan 610 juta vaksin dihasilkan pada penghujung tahun ini, manakala syarikat China SinoPharm pula menjamin 1 bilion dos dapat dihasilkan tahun depan.


Sinopharm juga mendapat kebenaran secara kecemasan untuk digunakan di UAE sejak 14 September.


Sinovac China juga menjanjikan 40 juta dos CoronaVac kepada Indonesia menjelang Mac 2021, manakala kerajaan Brazil setuju untuk membeli 46 juta dos CoronaVac.


Seperti China, Rusia juga menghasilkan vaksin yang diluluskan secara terhad apabila Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan vaksin COVID-19 yang pertama pada 11 Ogos, yang diberi nama Sputnik 5.


Keyakinan Putin terhadap Sputnik 5 sangat tinggi sehingga ia diberikan kepada anak perempuannya, walaupun ada laporan yang menyatakan hanya 76 orang terlibat dalam ujian vaksin itu yang melepasi peringkat kedua.


Sputnik 5 kini digunakan di Rusia.


Vaksin COVID-19 buatan Moderna. Foto: Reuters


Bagi yang tak percaya kepada Rusia dan China, Moderna bersama Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, berjaya menghasilkan vaksin yang didakwa 94.5 peratus berkesan menangani COVID-19.


Ia merupakan keputusan tertinggi setakat ini selepas Pfizer, BIONTECH dan Fosun Pharma yang pertama mengumumkan vaksin mereka mencapai 90% keberkesanan.


Baca laporan itu di ASTRO AWANI.


Selain China dan Amerika Syarikat, India, Israel dan United Kingdom turut dalam proses menjalani ujian vaksin masing-masing.


Ingat vaksin ini bukan ubat untuk COVID-19 tetapi tujuan menangani jangkitan coronavirus.


Sumber: NY Times, TIME, Reuters



Siapa yang dah ada vaksin COVID-19?  Siapa yang dah ada vaksin COVID-19? Reviewed by Hilal Azmi on November 16, 2020 Rating: 5

No comments