Home Top Ad

Sorry GenZ, Biden tak akan selamatkan Tiktok



Mungkin ada yang anggap ini semua cerita politik tapi sebenarnya ini adalah cerita mengenai budaya di Amerika Syarikat dan juga teknologi (tapi ada kaitan dengan orang politik).


Memang susah nak lari daripada politik sebab setiap keputusan yang dibuat di dunia dibuat oleh politikus. Kenapa? Sendiri tahu kan jawapan dia?


OK, ini mengenai TikTok di Amerika Syarikat.


BACA: 10 FAKTA MENGENAI TIKTOK

BACA: KENAPA TIKTOK DIHARAMKAN DI INDIA


Semua orang tahu bahawa presiden yang dulu, Donald Trump memang berkeras nak haramkan penggunaannya di Amerika Syarikat.


Trump siap buat keputusan eksekutif tetapi gagal apabila mahkamah mahu memberi peluang kepada TiKTok untuk mempertahankan diri mereka atas segala tuduhan yang dilemparkan Trump dan pentadbiran Amerika Syarikat.


Panjang ceritanya dan nak dipendekkan, jangan ingat dengan segala usaha generasi Z yang membantu kempen Joe Biden di platform media sosial itu, dia akan mempertimbangkan semula pengharaman penggunaan TikTok di Amerika.


BACA: TRUMP NAK HARAMKAN TIKTOK 15 SEPTEMBER

BACA: TIKTOK, KISAH PERANG APLIKASI



Kita tahu keputusan yang dibuat Trump itu hanyalah kerana mahu memastikan bukan China yang menguasai pasaran media sosial di Amerika, sebab itu dia menggalakkan penjualan aplikasi Douyin versi dunia itu dijual kepada syarikat negara itu.


Foto: Markus Spiske

Dua syarikat yang semakin hampir dikatakan mengambil alih TikTok adalah Walmart dan juga Oracle, di mana laporan menyebut, pemilik kedua-dua syarikat itu ada kaitan dengan Trump, dari segi bantu dana politik dan sebagainya.


Jadi, adakah Biden akan memberi peluang untuk TikTok digunakan di Amerika dengan begitu mudah?


Jawapannya sudah pasti 'TIDAK' kerana sebelum ini Biden turut mengarahkan semua staff yang terlibat dalam kempen pilihan rayanya baru-baru ini untuk tidak menggunakan TikTok dalam peranti mereka atau milik parti itu.


Pada September, Biden menyatakan dakwaan terhadap isu keselamatan data terhadap TikTok adalah satu yang berasas dan berjanji akan mengkajinya dengan lebih mendalam jika dipilih menjadi presiden.


BACA: TIKTOK BUKA LAMAN WEB 'SEBENARNYA'


Malah, kemungkinan besar Biden turut akan mengurangkan pemilikan syarikat-syarikat negara itu oleh orang China kerana tiada perbezaan ketara Biden atau Trump mengenai perdagangan dengan China.


Kebimbangan terhadap perniagaan milik China dan data pengguna orang Amerika bukan satu yang baru di Amerika tapi apa yang membimbangkan kali ini (kata mereka lah),  data melibat kanak-kanak ataupun orang muda yang menggunakan TikTok setiap hari.



Sorry GenZ, Biden tak akan selamatkan Tiktok  Sorry GenZ, Biden tak akan selamatkan Tiktok Reviewed by Hilal Azmi on November 10, 2020 Rating: 5

No comments