Home Top Ad

Tak sampai 2 tahun, Charli D’Amelio dah capai 100 juta followers di TikTok





PewDieDie memerlukan sembilan tahun untuk mendapat 100 juta subscribers di Youtube tapi Charli D’Amelio hanya memerlukan satu tahun enam bulan untuk mencapai 100 juta followers di TikTok.

Itulah pengumuman terbaharu dari TikTok apabila Charli menjadi yang pertama mendapat 100 juta pengikut di TikTok.

Addison Rae menjadi kedua yang terbanyak dengan 69.6 juta pengikut sementara Zach King ketiga dengan 52.8 juta.


OK, dah boleh bagi gold medal kepada Charli.

Apa yang Charli buat? Kebanyakan video yang dikongsi adalah video dia menari.

Tapi apa yang membuatkan profilnya menjadi gempak adalah apabila dia membuat penampilan pada Super Bowl 2020.

Dalam kempen Super Bowl itu dia menari dengan Jennifer Lopez, yang tak ada 100 juta followers di TikTok mahupun Instagram.

@jlo

Soooo much fun doing the ##JLoSuperBowlChallenge with @charlidamelio !!!!! See you all tomorrow at ##SuperBowlLIV 💜❤️

♬ original sound - JLO


Dan mungkin ramai yang bosan kena lockdown di Amerika dan start follow dia.

So berapa followers korang ada dekat TikTok?


Setakat ini, Charli ada hampir 34 juta followers di Instagram. Ok la tu.

TikTok membuktikan ia platform terhebat di media sosial dengan perkembangan yang sangat laju mengalahkan semua aplikasi media sosial di luar sana.


Sebab itu lah Amerika takut sangat dengan TikTok buatan China ni.


Cover photo: Instagram/@charlidamelio




Tak sampai 2 tahun, Charli D’Amelio dah capai 100 juta followers di TikTok Tak sampai 2 tahun, Charli D’Amelio dah capai 100 juta followers di TikTok Reviewed by Hilal Azmi on November 23, 2020 Rating: 5

No comments