Home Top Ad

Ya betul, bumi ini rata, leper


(Amaran: Ini adalah satu satira)

Seperti kita dapat saksikan di Youtube, Facebook, Twitter dan laman web di internet, bumi ini terbukti rata dan bukan bersifat sfera (bulat) atau lebih tepat lagi geosfera.


Orang yang mengatakan bumi ini bulat adalah orang cuba menegakkan konspirasi yang orang Melayu selalu popularkan “Agenda Yahudi dan Amerika” “Angkara Rothschild” “New World Order” dan konspirasi NASA.


BACA: MANA DATANGNYA NAMA BUMI?


Walaupun terdapat agensi angkasa lain seperti Roscosmos, Rusia, JAXA dari Jepun, ESA dari Eropah, ISRO India, CNSA dari China, dan ratusan angkasawan dari seluruh dunia dah tengok bumi ini bulat, itu semua tidak benar dan yang benar adalah the illusion of truth.


Benda ulang dan diulang banyak kali di internet, takkan tipu?


Ya betul, bumi itu leper, seperti otak anda, tak percaya? Sila jumpa doktor.


Walaupun ramai memberi hujah dalam bentuk fakta sains, fizik, eksperimen darat dan udara atau guna Tuhan dan agama sekali pun, golongan flat earth society tetap tidak akan percaya dan berpegang teguh kepada kepercayaan bumi adalah rata.


Jadi adalah satu pembaziran masa berbahas dengan kamu semua sehingga satu hari, SpaceX mampu untuk membawa anda naik ke angkasa lepas untuk membuktikannya.


Banyak lagi tempat anda boleh pergi untuk melihat bahawa planet-planet di alam semesta ini berbentuk geosfera, termasuk bumi seperti di Planetarium Negara dan paling kurang pun tengok apa kata orang kita yang pernah pergi ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), DATUK Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.


 



Untuk yang percaya cakap Ustaz saja.



Nak jelaskan dalam fizik bukti sains dan sebagainya sangat susah, lagi peningkan kepala, kecuali anda seorang saintis la.


Dan bagi yang percaya matahari sebenarnya berwarna putih, satu hari NASA akan hantar probe ke sana, mungkin anda boleh ikut probe itu dan menghantar balik laporan kepada kita.


Ataupun tunggu sahaja kalau boleh, sampai satu hari bumi ini sendiri ditelan oleh matahari.


Akhir kata, jangan taksub sangatlah dengan semua teori konspirasi. Siapa saja boleh tulis dekat internet dan wikipedia, termasuk diri kita sendiri.


BACA: KENAPA SATU HARI DI VENUS SAMA DENGAN 117 HARI DI BUMI?


BACA: NERAKA DAH DITEMUI! SAINTIS JUMPA PLANET DIPENUHI LAHAR


Frontman band Bad Religion, Greg Graffin pun ada lagu ditujukan khas kepada penyokong Flat Earth Society "The Flat Earth society is meeting here today, singing happy little lies.."


Greg adalah seorang ahli biologi dan juga penulis buku.




Cover photo: https://class.ef.com/lesson-plan/flat-earth-society/






Ya betul, bumi ini rata, leper  Ya betul, bumi ini rata, leper Reviewed by Hilal Azmi on November 18, 2020 Rating: 5

No comments