Home Top Ad

1 daripada 18 orang ada lebih daripada dua puting



Puting tumbuh dekat tangan? 


Tahu atau tidak, ada dalam kalangan kita yang mempunyai lebih daripada dua puting pada tubuh badan. Malah, ada juga yang memiliki sehingga lapan puting dan ada yang tumbuh di tangan atau kaki, bukan saja di bahagian payudara.


Jangan terkejut, kondisi tersebut bukan sesuatu yang jarang berlaku malah kita tak patut mendiskriminasi golongan ini.


Menurut kajian yang dilakukan terhadap 502 orang, satu daripada 18 ada puting berlebihan atau dipanggil puting “supernumerary”.


Apa itu puting supernumerary?


BACA: KENAPA KETIAK KITA BERBAU?


Puting supernumerary merupakan puting berlebihan yang tumbuh lebih daripada sepasang.


Keadaan itu dikenali sebagai polythelia atau polymastia dan merupakan kecacatan yang berlaku sejak kelahiran dan jarang sekali memberi kesan terhadap kesihatan.


Ada juga kalanya mereka tidak perasan bahawa mereka memiliki puting supernumerary disebabkan ciri-ciri yang tidak berapa ketara atau rupanya sama seperti tahi lalat.


Macam mana nak tahu kalau saya mengalami kondisi tersebut?


Biasanya, puting lebih itu akan tumbuh di bahagian depan badan, dari ketiak hingga ke bahagian kemaluan.


Bagaimanapun ada juga ia tumbuh puting berlebihan ini di bahagian lain, termasuk kaki atau tangan.



Apa yang menyebabkannya?


Ketumbuhan berkenaan berlaku semasa di dalam rahim, khususnya ketika embrio sedang dibentuk apabila ibu sedang hamil empat bulan.


Kalau nak tahu, ada beberapa artis terkemuka dunia yang mempunyai lebih daripada satu puting, antaranya Zac Efron, Lily Allen dan Carrie Underword.




1 daripada 18 orang ada lebih daripada dua puting 1 daripada 18 orang ada lebih daripada dua puting Reviewed by Hilal Azmi on December 22, 2020 Rating: 5

No comments