Home Top Ad

Anak Kucing Pun Boleh Tersenyum!



Orang kata senyuman itu berjangkit. Memang benar kerana gambar seekor anak kucing angkat yang sedang senyum pada kamera ini pasti membuat anda juga tersenyum lebar.



Source: Facebook/Lauren Boutz


Blossom, anak kucing yang dibawa pulang ke rumah Lauren Boutz dan teman lelaki bersama dua ekor lagi anak kucing berusia lima bulan, Bubbles dan Buttercup menjadi sensasi di media sosial selepas gambar anak kucing itu tular di laman Facebook dan Twitter.


Source: Facebook/Lauren Boutz


Gambar comel itu tular selepas Boutz memuat naik gambar behind the scenes teman lelakinya sedang mengambil gambar Blossom dan beradiknya dimana Blossom kelihatan tersenyum sambil berposing untuk gambar.


Source: Facebook/Lauren Boutz


Di Facebook peribadi Boutz, gambar Blossom tersenyum bersama Bubbles dan Buttercup berkeliaran di sofa sambil gambar mereka diambil itu mendapat lebih 200,000 kongsian dan lebih 70,000 likes di Facebook sejak gambar itu dimuat naik pada 24 Oktober tahun lalu.



Source: Facebook/Lauren Boutz


Nampaknya memang benar, haiwan pun mempunyai emosi dan mungkin Blossom bersyukur dan gembira kerana telah dibawa pulang oleh Boutz dan kini mempunyai rumah dan keluarga sendiri buat selamanya.


Source: Facebook/Lauren Boutz


Oleh itu, Boutz dan teman lelakinya yang giat membawa pulang kucing dan anjing peliharaan ke rumah mereka menggesa supaya semua orang mengadopsi haiwan kerana perkara ini pasti akan mengubah nasib si comel daripada ditinggalkan dan akhirnya 'ditidurkan' di gelandangan haiwan.

Semua gambar dari Facebook/Lauren Boutz


Anak Kucing Pun Boleh Tersenyum! Anak Kucing Pun Boleh Tersenyum! Reviewed by Hilal Azmi on December 20, 2020 Rating: 5

No comments