Home Top Ad

Animasi paling cun menunjukkan pergerakan bintang di galaksi ini

 


Satelit Gaia dapat melakukan pemetaan pergerakan bintang dalam galaksi kita. Dengan data itu, sebuah animasi yang dikongsi Agensi Angkasa Eropah (ESA) menunjukkan gerakan wajar ataupun proper motion 40,000 bintang di galaksi ini selama 1.6 juta tahun.


Perubahan kedudukan bintang berlaku selepas 80,000 tahun, ada yang bergerak dengan laju dan yang bergerak dengan laju.


Animasi ESA di bawah, bermula dengan bintang pada posisi mereka dan kecerahan setiap titik menandakan kecerahan sesebuah bintang.




Apa itu gerakan wajar?


Gerakan wajar adalah perubahan arah sesuatu bintang yang berlaku terus-menerus dalam sfera samawi, yang sama ertinya dengan anggaran gerakan bintang berbanding dengan sistem suria.  


Apa pula sfera samawi?


Sfera samawi merupakan sebuah glob khayalan yang besar berpusatkan bumi ditengahnya. Ia boleh dianggap sebagai alat geometri yang membolehkan kita untuk merekod dan mengukur jarak bintang. Bintang, matahari dan bulan dipaparkan dalam glob itu.


Di mana satelit Gaia berada sekarang? 


Gaia berada lebih kurang 1.5 juta kilometer dari Bumi, sebuah lokasi yang stabil secara graviti dalam sistem matahari-Bumi, iaitu titik Lagrange yang disebut L2.


BACA: ESA KONGSI PETA PENUH BIMASAKTI KITA



Sumber: ESA / astronomi.my



Animasi paling cun menunjukkan pergerakan bintang di galaksi ini Animasi paling cun menunjukkan pergerakan bintang di galaksi ini Reviewed by Hilal Azmi on December 07, 2020 Rating: 5

No comments