Home Top Ad

Berapa kos sebenar nak buat sneakers anda?


Menurut pakar dalam industri pakaian dan kasut sukan, Rahul Cee dari solereview.com, kos untuk membuat sepasang kasut sukan atau sneaker di kilang sebenarnya mahal, tapi banyak lagi kos lain yang terpaksa ditanggung.


Kita ambil contoh dua jenama sukan paling popular di dunia, Adidas dan Nike, kerana laporan kewangan kedua-dua syarikat itu diterbitkan kepada umum.


Kos nak buat sepasang running shoe Adidas Ultraboost adalah sekitar RM175 (AS$43, ditukar mengikut pertukaran mata wang asing 2 Disember) sahaja tapi ia dijual sehingga RM750-RM850.


Manakala kos nak buat sepasang Nike Air Max 2016, hanya sekitar RM134 (AS$34), dijual sekitar RM600-RM700.


BACA: INI JUMLAH BAYARAN NIKE KEPADA CRISTIANO RONALDO


Banyak gila kan untung?


Tapi apa yang orang tak nampak ialah kos lain yang terpaksa ditanggung syarikat itu untuk memastikan anda ‘terbeli’ dua-tiga pasang kasut keluaran mereka, walaupun kasut lama masih lagi elok.


Selepas bayar cukai, Adidas dianggar hanya membuat keuntungan sehingga 4.2 peratus daripada harga jualan borong, manakala Nike 5.15 peratus sahaja, walaupun untung sepasang kasut nampak macam 4 hingga 5 kali ganda daripada kos pembuatan.


Harga terus dari kilang itu meningkat selepas ia mula diangkut ke kedai kerana melalui pelbagai proses.


BACA: RAHSIA RED BULL JADI KAYA


Jadi berapa keuntungan sebenar Adidas dan Nike daripada sepasang kasut yang dijual?


Selepas keluar kilang, kos yang pertama yang ditanggung Adidas atau Nike adalah kos pengangkutan (selalunya guna kapal kargo), yang membawa kasut dari kilang ke negara lain.


Yang kedua, syarikat kasut juga kena membayar kos insuran untuk menanggung kos jika berlaku ‘accident’ semasa dalam perjalanan ke destinasi, di mana pernah berlaku kontena jatuh ke dalam laut akibat cuaca buruk.


Ketiga, syarikat kasut nak kena bayar cukai kastam pula di pelabuhan. Nilai cukai berbeza bergantung kepada negara yang dihantar.


BACA: PELANCARAN KIT NIKE LIVERPOOL


Kos pengangkutan, insuran dan cukai dianggar menambah 21 peratus pada nilai landed cost atau kos sepasang kasut untuk sampai pengedar/peruncit.


Pengedar pihak ketiga ataupun kedai menjual kasut seperti JD atau Footlocker, yang ‘tolong’ jual kasut-kasut ini pula membeli sepasang kasut 50 peratus lebih murah daripada harga runcit.


Jadi dari situ mereka tak dapat keuntungan penuh yang menyebabkan syarikat-syarikat pengeluar kasut mula menjual secara online terus kepada pelanggan.


Ia merupakan strategi baharu untuk menambah keuntungan dan berada lebih dekat dengan pelanggan.


Selepas itu, margin kasar yang diperoleh pula perlu membayar gaji kakitangan, kos pengedaran, pemasaran, cukai dan banyak lagi.


Pada 2019, Nike membelanjakan sekitar 10 peratus daripada nilai jualan bersih untuk pemasaran manakala Adidas membelanjakan lebih tinggi daripada itu.


Selepas ditolak semua itu dengan keuntungan selepas cukai, Adidas dianggarkan mendapat keuntungan sekitar RM16 (AS$4) bagi sepasang kasut manakala Nike tinggi sikit, RM20 (AS$5).


Banyak tak? Sikit bukan? Tapi bayangkan berapa banyak duit yang Nike buat kerana berjaya menjual lebih 780 juta pasang kasut setahun.


Sumber: Athletic Interest




Berapa kos sebenar nak buat sneakers anda?  Berapa kos sebenar nak buat sneakers anda? Reviewed by Hilal Azmi on December 02, 2020 Rating: 5

No comments