Home Top Ad

Cara nak elak disambar petir


Antara bahaya musim monsun di Malaysia adalah banjir dan petir.


Sejak 2008 hingga 2016, 110 kematian dan 136 kecederaan dilaporkan akibat dipanah petir di Malaysia.


Walaupun risiko disambar petir adalah 1 dalam 500,000, kita perlu berwaspada semasa musim monsun ini.


Berikut apa yang boleh dilakukan untuk mengelak disambar petir.


Apa patut dilakukan ketika berada di luar?


Sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa dan pastikan anda elak aktiviti di luar rumah jika ribut petir dijangka berlaku. 


Namun jika anda sudah berada di luar ketika ribut sedang berlaku, pastikan untuk mencari tempat berlindung atau yang terbaik adalah untuk masuk ke dalam bangunan.


Elakkan daripada berkumpul beramai-ramai dan cuba jarakkan antara satu sama lain untuk mengurangkan risiko kecederaan.


Juga, jangan berdiri berdekatan bangunan atau struktur yang tinggi, selain mengelakkan baring atau berpijak di atas lantai dan dinding konkrit kerana petir boleh bergerak melalui wayar besi pada lantai dan dinding.


Apa patut dilakukan ketika berada di dalam?


Walaupun berada di dalam, risiko disambar petir masih boleh berlaku.


Jangan berada dekat dengan air, atau guna alat dan peranti elektronik seperti komputer, pencuci baju, atau televisyen.


Apa tip-tip lain yang boleh buat untuk elak insiden berlaku?


Jangan berteduh di bawah pokok, elakkan berada dekat dengan tasik, sungai atau mana-mana sumber air, dan segera tinggalkan kawasan tinggi seperti bukit atau gunung.



Cara nak elak disambar petir Cara nak elak disambar petir Reviewed by Hilal Azmi on December 15, 2020 Rating: 5

No comments