Home Top Ad

Diseksa dan dibunuh di bangunan yang asalnya sebuah sekolah


Penjara Tuol Sleng di Phnom Penh, Kemboja menjadi saksi kepada kekejaman rejim Khmer Rouge pimpinan Pol Pot.


Asalnya sebuah sekolah, rejim Khmer Rouge menukarnya menjadi penjara dan tempat melakukan penyeksaan serta pembunuhan tahanan dari tahun 1975-1979.


Peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu diperingati dan penjara itu kini merupakan sebuah muzium, sebagai pengajaran kepada semua erti keamanan dan kenapa ia perlu dikekalkan.


Dijangka sejumlah 20,000 tahanan termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak yang kebanyakannya merupakan rakyat Kemboja menjadi mangsa penyeksaan dan pembunuhan di penjara berkenaan.


Banduan yang memasuki tempat yang dikenali sebagai penjara keselamatan S-21 itu dipukul setiap hari, dicabut kuku dengan playar, dikenakan renjatan elektrik atau dipaksa bekerja tanpa henti.


Kebanyakan mereka yang ditahan tanpa sebab yang munasabah, dipaksa mengaku menjadi ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan beragama Islam.


Tentera akan mengambil gambar mereka yang ditahan dalam keadaan bogel dan gambar mereka diambil selagi lagi selepas diseksa.


Gambar-gambar mangsa, peralatan yang digunakan untuk penyeksaan turut dipamerkan di muzium berkenaan sebagai pengajaran kepada generasi muda. 


Siapa yang pernah melawat muzium itu pasti insaf dan bersyukur peristiwa seperti itu tidak berlaku di Malaysia.


Dengan segala kekejaman berlaku di muzium Tuol Sleng, sanggup tak anda melawatnya?



Diseksa dan dibunuh di bangunan yang asalnya sebuah sekolah Diseksa dan dibunuh di bangunan yang asalnya sebuah sekolah Reviewed by Hilal Azmi on December 16, 2020 Rating: 5

No comments