Home Top Ad

Haiwan Zoo Negara ingin tunjuk gelagat mereka secara maya!



Apalah nasib haiwan-haiwan di Zoo Negara Malaysia yang sudah lama tidak mendapat perhatian secukupnya oleh pengunjung sejak penularan COVID-19 di dalam negara.


Jumlah pengunjung ke Zoo Negara semakin merosot selepas negara terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan, yang menyebabkan keadaan di zoo semakin sunyi, dan tabung menampung makan minum serta penjagaan haiwan serta kakitangan zoo semakin berkurangan.


Oleh itu, kalau anda tak boleh pergi ke sana, Zoo Negara akan dibawakan kepada anda secara maya.



Orang awam boleh menonton rancangan siaran langsung aplikasi beli-belah dalam talian, Lazada pada 11 Disember 2020, 10:30 pagi hingga 11:30 pagi.



Rancangan itu akan dihoskan oleh pelawak tempatan, Dr Jason Leong yang akan membawa penonton mengelilingi sekitar kawasan Zoo Negara.


Selain menawarkan pengalaman melawat Zoo Negara secara maya, program itu juga dibuat bagi meningkatkan kesedaran awam tentang keadaan di zoo serta menggalakkan bantuan menghulurkan dana.


Jika anda ingin membantu, tekan link di sini.



Sumber foto: Instagram @zoonegara_malaysia




Haiwan Zoo Negara ingin tunjuk gelagat mereka secara maya! Haiwan Zoo Negara ingin tunjuk gelagat mereka secara maya! Reviewed by Hilal Azmi on December 08, 2020 Rating: 5

No comments