Home Top Ad

Jepun pertama bawa pulang sampel asteroid ke bumi



Pada 2014, Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun, JAXA melancarkan kapal angkasa Hyabusa2 untuk mengutip sampel dari asteroid Ryugu.


Dalam masa dua tahun, ia berjaya sampai ke asteroid yang disasarkan Ryugu dan mendapatkan sampel dari permukaan asteroid itu sebanyak dua kali.


Hyabusa2 kemudian melepaskan kapsul yang mengandungi sampel seberat 1 gram itu yang mendarat di Australia, kemudian meneruskan destinasinya ke asteroid yang lain pula.


BACA: OUMUAMUA, KOMET ATAU KAPAL ANGKASA ALIEN




Apa yang mereka nak buat dengan sampel itu?


Biasanya ia akan dikaji untuk melihat sebarang petunjuk asal usul pembentukan planet kerana asterod terbentuk lebih 10 juta thaun sejak kewujudan sistem solar kita 4.5 bilion tahun dulu.


Itulah yang dilakukan NASA apabila melancarkan OSIRIS-REx dan mengambil masa empat tahun untuk sampai ke asteorid yang dipanggil Bennu yang berada 321 juta kilometer dari bumi.


Harap-harap berbaloi la dengan sampel yang sangat sikit dapat dikutip dari Ryugu itu.



BACA: KENAPA NASA NAK AMBIL SAMPEL ASTEROID BENNU?


Sampel yang diambil di Bennu pula akan kembali ke bumi pada tahun 2023.


Nak tahu apa beza asteroid, komet dan meteor? Hah KLIK SINI.



BACA: BUDAK MALAYSIA BERUSIA 9 TAHUN CIPTA SUT ANGKASA NASA

BACA: BERAPA KOS NAK BINA ISS?


Cover photo: Twitter/JAXA_en




Jepun pertama bawa pulang sampel asteroid ke bumi  Jepun pertama bawa pulang sampel asteroid ke bumi Reviewed by Hilal Azmi on December 07, 2020 Rating: 5

No comments