Home Top Ad

Kenapa ramai takut ambil vaksin COVID-19?



51-75% orang yang imun kepada COVID-19 diperlukan untuk memastikan kita dapat mengawal penularan virus yang membunuh itu.


Bagaimanapun, kepercayaan kepada teori konspirasi lebih daripada sains menyebabkan ramai orang menolak untuk mengabil vaksin COVID-19.


Ini berdasarkan pungutan suara dibuat di United Kingdom, di mana hanya 71 peratus atau satu daripada enam orang Britain bersedia untuk menerima vaksin.


BACA: BETUL LA SENANG TEORI KONSPIRASI BUMI RATA

BACA: ANJING BOLEH HIDU ORANG ADA COVID-19


Itu survey yang dilakukan oleh YouGov yang mendapat keputusan yang hampir sama dengan 1,088 responden di sebuah kolej, di mana satu daripada tujuh teragak-agak untuk mengambil vaksin.


Bukan kerana mereka takut jarum tetapi menolak kepercayaan kepada sains.


Mereka lebih percayakan teori konspirasi bahawa kita mungkin jadi lebih teruk atau boleh bertukar jadi zombie, jika disuntik vaksin COVID-19.


Banyak sangat tengok Netflix ni.


BACA: SIAPA YANG DAH ADA VAKSIN COVID-19?

BACA: APP TELEFON KESAN PESAKIT COVID-19 DENGAN DENGAR BUNYI BATUK


Selain itu, ramai juga yang menolak vaksin ini kerana percaya virus COVID-19 dibangunkan di makmal dan bukan virus semula jadi.


Alasan ini mungkin boleh dipakai tapi kalau tak ambil vaksin virus buatan manusia itu tetap boleh membunuh kita, jika semua tak kerjasama memeranginya dengan cara yang betul.


Yang kedua, orang yang reject vaksin ini kerana mereka percaya pandemik yang berlaku sekarang bukan real, sebaliknya satu plandemic - dirancang oleh orang tertentu seperti WHO, Amerika Syarikat bersama Bill Gates kerana nak jual vaksin sahaja.


Ini berdasarkan beberapa video yang tular menunjukkan doktor/saintis (Dr. Judy Mikovits) menyatakan ia pandemik ini dirancang = plandemic.


Yang ketiga adalah yang paling penting - terdapat banyak maklumat tidak sah mengenai virus COVID-19 di media sosial.


Dan majoriti orang yang tak percaya dengan vaksin dan kajian sains ini adalah mereka yang tidak ada ilmu dalam sains dan banyak mendapat maklumat dari media sosial dan internet sahaja.


Mereka tidak pernah bertemu dengan saintis atau pakar dalam bidang ini dan mendapatkan penjelasan daripada mereka yang betul-betul faham tentang perkara ini.


Kalau benda di internet boleh dipercayai dan ditelan bulat-bulat, kenapa tak percaya kepada doktor dan saintis yang membuat kajian mengenainya?


OK, dah ready nak ambil vaksin atau tunggu dan lihat dulu keberkesanannya? 


Kita ada hak untuk mempersoalkan keberkesanan dan menolak untuk disuntik vaksin ini tapi dapatkan informasi dari sumber yang betul tentang apa yang membimbangkan kita mengenai vaksin itu, bukan percaya bulat-bulat teori konspirasi itu.


 


Kenapa ramai takut ambil vaksin COVID-19? Kenapa ramai takut ambil vaksin COVID-19? Reviewed by Hilal Azmi on December 01, 2020 Rating: 5

No comments