Home Top Ad

Kerajaan Amerika Syarikat digodam



Beberapa minggu sebelum pentadbiran Donald Trump akan meninggalkan pejabat kerajaan Amerika Syarikat (AS), email Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kena godam.


Laporan Reuters menyebut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengadakan mesyuarat tergempar dengan Jabatan Keselamatan Negara AS dan akan menyiasat sebanyak mana maklumat berjaya dicuri.


BACA: RUPANYA ADA STARBUCKS DALAM HQ CIA


Kemungkinan besar agensi kerajaan lain juga terkesan akibat pencerobohan itu email tersebut.


Siapa dipersalahkan?


Laporan menyebut kemungkinan besar penggodam yang dibiayai kerajaan Rusia terlibat dalam penggodaman itu.


Ada laporan menyebut ia dilakukan kumpulan penggodam yang sama yang menyerang syarikat keselamatan siber terkemuka, FireEye yang berpangkalan di California.


FireEye merupakan pembekal perisian platform SolarWinds Orion kepada pelbagai agensi kerajaan di AS dan hampir kesemua 500 syarikat terkaya di Amerika. 


Syarikat yang menggunakan perisian itu juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. 


Kini tiba giliran pentabiran Joe Biden menilai kesan daripada serangan ke atas agensi kerajaan AS itu.



Kerajaan Amerika Syarikat digodam  Kerajaan Amerika Syarikat digodam Reviewed by Hilal Azmi on December 14, 2020 Rating: 5

No comments