Home Top Ad

Kleenex: Nak buat penapis topeng gas, tapi perang tamat



Pada Perang Dunia Pertama, kekurangan kapas menyebabkan syarikat Kimberly-Clark membangunkan kapas leper sebagai pengganti penapis topeng gas yang digunakan tentera.


Bagaimanapun, perang tamat sebelum para saintis dapat mencipta penapis yang berfungsi dengan baik untuk topeng gas dan menukar produk itu menjadi lebih nipis untuk kegunaan orang awam; wujudlah tisu muka jenama Kleenex®.


Hanya pada 1924, Kimberly-Clark menghasilkan komposisi kapas yang lebih nipis dan lembut dan menamakannya Kleenex®.


Kleenex® mula dipasarkan pada 1924 di Amerika Syarikat sebagai penanggal make up dan krim muka, sebelum dipasarkan ke United Kingdom setahun kemudian.


Orang ramai mula menggunakan tisu pada 1929 apabila ia menjadi pengganti penggunaan sapu tangan, semasa mengalami selesema dan demam, menyaksikan peningkatan jualan Kleenex.




Kleenex: Nak buat penapis topeng gas, tapi perang tamat  Kleenex: Nak buat penapis topeng gas, tapi perang tamat Reviewed by Hilal Azmi on December 13, 2020 Rating: 5

No comments