Home Top Ad

Makin banyak aduan mengenai iPhone 12, ini masalah yang dihadapi pembeli



Sejak dilancarkan pada November, Apple dilaporkan menerima beberapa aduan mengenai iPhone terbaharu itu. 


Aduan utama yang dihadapi majoriti pengguna iPhone 12 ialah bateri cepat habis, masalah pencas tanpa wayar tidak berfungsi, skrin kerap berkelip dan signal telefon menurun.


Laporan-laporan ini menyebabkan ramai yang mendakwa kawalan kualiti di kilang Apple semakin menurun.


BACA: TUKANG FILEM BERSEDIA UNTUK IPHONE 12 PRO MAX


Bateri habis dengan cepat dilaporkan Tom’s Guide empat hari yang lalu, walaupun Apple mendakwa cip A14 dan iOS14 cekap tenaga.


Sebelum ini juga terdapat beberapa aduan dan ujian yang mendakwa bateri iPhone 12 cepat habis berbanding iPhone 11.


BACA: IPHONE 12 DAN IPHONE 12 PRO SAMA SAJA


Dilaporkan bateri berkurangan 20-40 peratus semasa tidak digunakan sewaktu tidur.


Kalau semalam kami melaporkan iPhone 11 ada masalah dengan skrin dan Apple menawarkan penukaran secara percuma, 9 to 5 Mac ada melaporkan masalah skrin pada iPhone 12.


Terdapat warna kehijauan dan skrin berkelip pada sesetengah model iPhone 12.


Setakat ini hanya kemas kini sistem operasi iPhone 12 dilakukan untuk mengatasi masalah itu.


BACA: IPHONE 12 BELUM BOLEH DI 'HACK'


Pada 4 Disember, 9 to 5 Mac turut melaporkan masalah mengecas iPhone 12 tanpa wayar oleh seorang pengguna.


Tak perlu risau kerana masalah ini boleh dibaiki dengan kemas kini iOS dalam masa terdekat.


Adakah anda pemilik iPhone 12? Boleh kongsi dengan kami apa yang ada hadapi?


Cover photo: Daniel Romero @ Unsplash




Makin banyak aduan mengenai iPhone 12, ini masalah yang dihadapi pembeli  Makin banyak aduan mengenai iPhone 12, ini masalah yang dihadapi pembeli Reviewed by Hilal Azmi on December 08, 2020 Rating: 5

No comments