Home Top Ad

Minta maaf kepada Anwar!


Siapa yang kutuk dan mengecamnya, sila minta maaf sekarang!


Itulah pesanan penyerang Aston Villa, Tyrone Mings kepada penyokong-penyokong villains yang mengutuk pemain sayap pasukan itu, Anwar El Ghazi.


Anwar menjadi sasaran penyokong Villa selepas menganggap pemain Belanda itu tidak cukup bagus untuk pasukan itu.


Bagaimanapun, Anwar menjadi wira pasukan itu apabila menjaringkan gol kemenagan menerusi sepakan penalti ke atas Wolverhampton Wanderers pada Sabtu dan Mings berharap penyokong meminta maaf kepadanya.


Kenyataan itu dibuat di Twitter Mings.



Anwar diserang sehingga terpaksa menggantung akaun media sosialnya, tapi kali Mings berharap ramai akan menghantar mesej peribadi meminta maaf kepadanya.


Bagi Mings, bola sepak bukan sukan individu dan kejayaan bergantunng kepada semua orang, termasuk penyokong.


Cover photo: Twitter/Goal.com



Minta maaf kepada Anwar!  Minta maaf kepada Anwar! Reviewed by Hilal Azmi on December 13, 2020 Rating: 5

No comments