Home Top Ad

Mo Salah & Mane ambil wuduk sebelum perlawanan


Dua penyerang paling digeruni di dunia sekarang, Mohamed Salah dan Sadio Mane merupakan ikon Islam yang mempunyai pengaruh yang kuat.


Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menganggap mereka sebagai contoh orang Muslim yang terbaik dalam pasukannya.


Dalam dokumentari End of the Storm yang diterbitkan selepas Liverpool berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lepas, Klopp menceritakan bagaimana pasukan itu menghormati setiap agama yang dianuti pemainnya.


BACA: BAGAIMANA LIVERPOOL MUNCUL JUARA SELEPAS 30 TAHUN?


Klopp membenarkan mereka ‘membasuh’ badan mereka sebelum dan selepas memanaskan badan bersama pasukan sebelum perlawanan berlangsung.


Ini merupakan rutin yang dilakukan setiap kali sebelum sepak mula perlawanan dan masa yang diambil adalah lebih kurang dua minit untuk melengkapkan ritual itu.


Apakah aktiviti “washing their bodies” atau membasuh tubuh mereka yang dikatakan Klopp itu?


Mohamed Salah (kiri) dan Sadio Mane. Foto: goal.com


Sudah pasti ramai yang menganggap ia adalah perbuatan mengambil wuduk yang biasa dilakukan sebelum solat.


Menurut Klopp, apa yang dilakukan Mane dari Senegal dan Salah dari Mesir itu adalah penting bagi pasukan mereka.


BACA: TAK SAMPAI SEHARI JERSI LIVERPOOL HABIS DIJUAL

BACA: KENAPA LIVERPOOL & HAKIM PILIH NIKE?


Pekerjaan hakiki mereka bermain bola sepak secara profesional atau bersukan adalah satu ibadah, seperti mana dalam Islam ada ibadah khusus seperti solat, menunaikan haji, dan membaca Al-Quran.


Bersukan bagi Salah dan Mane sudah pasti untuk menjadikan mereka makin baik dari segi akhlak dan makin dekat hubungan dengan Tuhan.


Salah dan Mane sujud syukur semasa final Liga Juara-Juara Eropah 2018/19. Foto: AFP


Dari situ kita nampak kedua-dua pemain sentiasa melakukan sujud syukur selepas menjaringkan gol, walaupun kerap kali dipotong oleh penyiar EPL. 


Salah ada menyatakan kepada Liverpool.com bahawa sujud syukur merupakan salah satu cara dia berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala yang dianugerahkan kepadanya.


Setakat ini, Salah sudah menjaringkan 105 gol untuk Liverpool, manakala Mane, 86 gol dan kedua-dua membantu Liverpool memenangi 4 piala kejuaraan utama dari 2018 hingga 2020.


Kekuatan dan kepercayaan teguh mereka kepada Tuhan, agama mereka, termasuklah pemain-pemain lain yang beragama Kristian seperti Roberto Firmino, Fabinho dan Allison Becker mengukuhkan pasukan itu.


Ini kerana apa yang dilakukan mereka adalah kerana Tuhan dan tidak terpesong dengan hanya mengejar kekayaan di dunia sahaja.


BACA: BAGAIMANA JURGEN KLOPP MENGUBAH LIVERPOOL


Cover photo: Jason Cairnduff/Action Images



Mo Salah & Mane ambil wuduk sebelum perlawanan  Mo Salah & Mane ambil wuduk sebelum perlawanan Reviewed by Hilal Azmi on December 09, 2020 Rating: 5

No comments