Home Top Ad

Orang Malaysia paling banyak ‘Google’ resipi makanan di dunia


Orang Malaysia memang kuat makan dan ia terbukti apabila pencarian terbanyak di Google pada 2020 adalah resipi makanan.


Bukan sahaja terbanyak di Malaysia, malah pencarian resipi di platform Google oleh orang Malaysia adalah yang terbanyak di dunia.


Resipi membuat kopi lockdown, ‘Dalgona Coffee’ menjadi pencarian yang terbanyak.


BACA: 3 TREND MAKANAN PELIK MASA LOCKDOWN


Orang Malaysia yang kreatif kemudian mencipta ‘Dalgona Milo’ bagi yang tak minum kopi dan resipi itu menjadi kedua paling banyak dicari di Google.


Resipi membuat kek yang viral, Biscoff Cheesecake menjadi yang ketiga terbanyak dicari di Malaysia, diikuti oleh Tornado Cake, keempat. 


Patut la tepung dan bahan membuat kek habis dekat pasar raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apabila resipi membuat Marble Jelita Cake mendapat tempat kelima.


Nak buktikan lagi orang Malaysia suka makan di masa lapang akibat kena duduk di rumah ialah pastri seperti Youtiao, Kuih Cek Mek Molek, Apam Balik, Taufufa dan Burnt Cheesecake melengkapkan carta carian makanan top 10 di Malaysia.


Membuat kek atau memasak menjadi hobi orang Malaysia ketika duduk di rumah, selain menjadi punca pendapatan baharu orang kita dengan memulakan perniagaan menjual makanan secara online.


Mana taknya, ramai yang terkesan akibat PKP dan terpaksa mencari pendapatan tambahan atau memulakan perniagaan baharu akibat kehilangan kerja disebabkan pandemik COVID-19.


Hanya peniagaan essential saja boleh berfungsi masa itu dan makananlah menjadi pencarian orang Malaysia ketika PKP.




Orang Malaysia paling banyak ‘Google’ resipi makanan di dunia Orang Malaysia paling banyak ‘Google’ resipi makanan di dunia Reviewed by Hilal Azmi on December 10, 2020 Rating: 5

No comments