Home Top Ad

'Gajah paling sunyi di dunia' akhirnya dibebaskan selepas 35 tahun


Sesungguhnya dalam derita kita sebagai manusia ketika pandemik ini, adalah bahagia bagi alam ciptaanNya.

Kaavan, seekor gajah Asia berusia 36 tahun yang seumur hidupnya membesar di dalam kurungan di sebuah zoo di Pakistan, akhirnya dibebaskan pada hujung minggu tempoh hari. Ia selepas zoo tersebut ditutup awal tahun ini, membolehkan dia dipindahkan ke kawasan perlindungan di Siem Reap, Kemboja.

Satu-satunya gajah Asia di Pakistan yang digelar 'gajah paling sunyi di dunia' itu selepas kematian pasangannya pada 2012, adalah hadiah daripada Sri Lanka kepada negara itu, menurut pertubuhan kebajikan haiwan, Four Paws.

Di belakang misi menyelamat ini adalah penyanyi pop Amerika Syarikat, Cher yang mengetahui tentang kisah Kaavan menerusi Twitter dan menggerakkan usaha untuk membebaskan Kaavan sejak beberapa tahun lalu.

Penyanyi pop AS, Cher di sisi kontena yang membawa Kaavan setibanya gajah itu di Kemboja. - (Foto: Insider)

"Saya fikir, 'macam mana saya nak perbetulkan hal ini? Macam mana saya nak selamatkan seekor gajah yang dirantai selama 17 tahun dan berada beribu batu jauhnya?'" kata Cher.

Akhirnya selepas Mahkamah Tinggi Islamabad membenarkan permohonan Four Paws, Kaavan dipindahkan dan selamat tiba di Kemboja pada Isnin. Ketibaannya pada Isnin selepas tujuh jam penerbangan dari Pakistan disambut Cher yang menyanyikan lagu 'A Dream is a Wish Your Heart Makes' kepada gajah itu.

Menurut laporan The Guardian, Kaavan akan tinggal bersama 600 lagi gajah di pusat perlindungan itu.

Malah, kisah Kaavan ini juga didokumenkan oleh Smithsonian Channel dan filem dokumentarinya akan diterbitkan tidak lama lagi.


*Sumber: Insider



'Gajah paling sunyi di dunia' akhirnya dibebaskan selepas 35 tahun 'Gajah paling sunyi di dunia' akhirnya dibebaskan selepas 35 tahun Reviewed by Hilal Azmi on December 01, 2020 Rating: 5

No comments