Home Top Ad

Pandemik punya pasal, tayangan di pawagam kena tayang di rumah



Pandemik ubah cara filem ditayangkan. 


Dengan adanya platform penstriman video, syarikat penerbitan filem boleh menayangkan filem terus ke rumah serentak dengan pembukaan filem tersebut di pawagam.


Itulah yang dilakukan Warner Bros. Pictures Group yang membuat keputusan untuk menstrimkan semua filem terbitan mereka untuk tahun 2021 di HBO Max secara serentak dengan tayangan perdana di pawagam.


Tajuk filem yang terlibat termasuk The Suicide Squad, Dune dan Matrix 4, yang akan ditayangkan di HBO Max serentak dengan hari ia dibuka di pagawam Amerika Syarikat.


Strategi baharu itu akan bermula pada Hari Krimas tahun ini dengan penstriman filem Wonder Woman 1984 di HBO Max, hari yang sama ia dibuka di pawagam.



Pengerusi dan CEO WarnerMedia Studios dan Networks Group, Ann Sarnoff mengakui strategi baharu ini diperlukan dalam keadaan yang tidak menentu melanda dunia.


Pandemik COVID-19 memaksa tayangan di pawagam dihadkan menyebabkan strategi baharu ini diperlukan untuk memastikan filem dapat sampai kepada terus penonton.


Bagaimanapun Warner sendiri belum pasti sampai bila strategi ini akan digunakan.



Pandemik punya pasal, tayangan di pawagam kena tayang di rumah Pandemik punya pasal, tayangan di pawagam kena tayang di rumah Reviewed by Hilal Azmi on December 04, 2020 Rating: 5

No comments