Home Top Ad

Paus biru makan 457,000 kalori, sekali suap


Ikan paus biru adalah binatang yang paling besar hidup di Bumi dan sekali suap, dia mampu menelan makanan yang mengandungi 457,000 kalori atau 240 kali tenaga yang digunakan setiap kali membuka mulut untuk menelan makanan.


Banyak kan?


Paus biru akan menyelam ke dalam laut, membuka mulut sehingga 80 darjah, menelan banyak air sambil menuju ke arah sekumpulan ikan kril.


Ketika perbuatan ini berlaku, pergerakan paus biru akan jadi perlahan akibat daya tarikan dan biasanya paus biru akan mengulangi terkaman sehingga enam kali.


Saintis menganggarkan paus biru menggunakan 1,900 kalori sahaja sekali menyelam untuk makan ikan di dalam laut.


Sekali makan, 457,000 kalori tapi tenaga yang digunakan hanya 1,900 kalori menyebabkan banyak kalori yang tak digunakan yang menjadi lemak dalam badan.


Patut lah ikan paus sangat besar kerana dalam tempoh lima tahun, paus biru ini hanya menyelam sebanyak 200 kali untuk memburu makanan.


Cover Photo: REUTERS/Barton



Paus biru makan 457,000 kalori, sekali suap  Paus biru makan 457,000 kalori, sekali suap Reviewed by Hilal Azmi on December 14, 2020 Rating: 5

No comments