Home Top Ad

POV: Jari tersepit? Ini apa yang anda perlu tahu


Kecederaan ringan yang berlaku semasa zaman kanak-kanak adalah satu perkara yang lazim lebih-lebih lagi kecederaan kerana tersepit pintu.

Adakalanya kıta sebagai ibu bapa atau adik beradik mesti akan panik apabila ini berlaku kepada anak kecil kerana sukar untuk kita tahu apakah tahap kesakitan yang mereka alami.

Kecederaan juga bergantung kepada berat pintu dan kekuatan hentaman.

Oleh itu, jangan panik dahulu, ini ada beberapa jenis kecederaan dan langkah merawat yang dikongsikan oleh Doktor Perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi laman Twitternya.

Bengkak

Perkara ini terjadi kerana tisu yang tercedera mengalami keradangan.

Jadi cara nak kurangkannya ialah dengan melakukan tuaman ais pada bahagian yang bengkak pada hari pertama dan kedua.

Luka

Kulit pada jari boleh terkoyak dan berlaku pendarahan.

Pada masa sama kuku dan isi di bawah kuku juga boleh terbelah.

Maka anda perlu berjumpa denga doktor untuk jahitan. Jika kuku itu tidak dijahit, maka kuku akan tumbuh dengan tidak sempurna.

Kuku Hitam

Kenapa kuku bertukar menjadi hitam?

Ini terjadi kerana berlaku pendarahan dibawah kuku dan darah tiada tempat untuk mengalir keluar.

Oleh itu, kuku perlu ditebuk untuk kita buang darah di bawar kuku tersebut.

Jika kita tidak melakukannya, jari kita akan sakit berdenyut-denyut.

Sendi terkehel

Hal ini berlaku kerana tulang terkeluar dari sendinya.

Tulang tersebut boleh dimasukkan semula ke sendinya dengan prosedur tanpa pembedahan.

Tapi….

Anda perlu diberikan ubat bius atau penahan sakit sebelum prosedur itu dijalankan.

Patah Tulang

Jika pintu itu berat dan berlaku hentaman yang kuat kebarangkalian tulang jari boleh retak atau patah.

Jika ini berlaku jajaran tulang perlu dibetulkan dan kemudian dipasangkan bidai.

Itu antara jenis kecederaan dan langkah untuk merawatnya.

Tapi jika anda rasa tidak pasti dengan tahap kecederaan anak, anda sebaiknya bawa berjumpa dengan doktor untuk membuat penilaian lanjut.

Menurut Dr Kamarul, kecederaan jari yang tidak dirawat dengan sempurna akan mengganggu perkembangan kecekapan tangan anak-anak dan potensi mereka.


POV: Jari tersepit? Ini apa yang anda perlu tahu POV: Jari tersepit? Ini apa yang anda perlu tahu Reviewed by Hilal Azmi on December 15, 2020 Rating: 5

No comments